sweety follower

Thursday 4 April 2013

bahagian 4~



~Assalamualaikum~
Hari ke-4 SBE

Hasrat hati tak mau masuk mana-mana kelas hari ni, hehe
so lepas tanda attendance, g jalan-jalan kejap. Melangkah masuk ke kelas pemulihan, ingat nak tengok macam mana kelas ni dijalankan
duduk2 kejap, dah bunyik pulak henfon ni
gulp, kena masuk kelas 1 U lagi ha, sekarang
mintak-mintak la tak jadi macam semalam dah ha
masa nak jalan ke kelas diaorng, Nampak bilik seni.yes, idea!
sampai je kelas semua dah jerit
‘yea! Ticee semalam!!!!
hailaa budak-budak, nasib baik korang ni comel tau
diaorang mintak nyanyi lagi, hoho…cukup-cukup la tu adik-adik ye
so keluarkan ketas lukisan yang ambil kat bilik seni tadi,hehe
ha.korang lukis la apa-apa pon ha. Senang keja aku
hehe >_<
haaa, kan senyap sikit ha.semua focus kat lukisan diaorang
comel je tengok diaorang ni ha
baikk je semua, semalam je haa…humm, salah aku jugak ha.ada suruh bt free show sapa yang nak.memang jadi hyper active la ha semua

Abis je kelas, duduk library
know what? Sampai balik ha
hehe.sebab tak tawu nak buat apa
sampai tertidur la sekejap
sedar pon ada sebab ada suara
‘ticeeee. . . bukak je mata
ehh, ada budak-budak kelas tadi ha kat sebelah
aduhaiii, rasa nak jerit je
tapi tak pe lah, sabar… sabar…
haha  >_<

Btw, besok last day dah
rasa tak sabar nak balik sana
tapi, tak nak jugak tinggalkan sekola ni.hurmm
sedih la plak ha
L
~Assalamualaikum~

Wednesday 3 April 2013

bahagian 3



~assalamualaikum~
Hari ke-3 ber SBE
cantik-santik sikit pasal hari ni kena masok kelas
perasaan sangat berbunga-bunga

7.40-8.40 kena gantikan cikgu BI kat kelas 2 J
sebab tak tahu nak buat apa, masuk bilik seni amik kertas lukisan
bagi sorang satu suruh lukis, bertajuk… “karton kegemaran” haha
apa la cikgu ha ajar lukis karton pulak dah XD
dah tuuuu, kami tak dibenarkan mengajar lagi ha
tak ada permit O_o
diorang blur sekejap, so bagi la contoh…lukis spongebob keee (sebab tu kartoon favourite.heee)
haha, lepas tu semua nak lukis spongebob
comel-comel tau, aku pon tunjuk la ha kat whiteboard caner nak lukis spongebob, Patrick, encik crab, plankton. . . dan sebagainya XD
dah siap antar, perasaan tuuuu… taleh describe tau =)
nak abih masa, g bergambar ngan diaorang
berebut nak bergambo sekali ngn cikgu baru ni.seronoknyaaaa :D

Habis tu g lepak kat library kejap
baru nak bukak buku
“eh, tu ticee tadi kan…
“ticee…
“cikguu…
haha, abih tunggang terbalik kerusi kena tending, pasal berebut nak duduk dekat ha
budak-budak ni ha,… comel betul >_<

10.30-11.10 kena g kelas 1U, ganti cikgu BI jugak ha
sebab setengah jam ja ha, suruh diaorang nyanyi je lah.
haha, lagi cooomeelll XD
suruh diaorang nyanyi kat depan
wah wahh, ramai rupanya yang nak
dah mula tak sedap hati
macam2 lagu dah dengar
cinta muka buku, bayu cinta luna, nasyid, apa tah lagi yang jiwang-jiwang tuh.haha…budak-budak niii, sah pengaruh media massa
paling tak tahan, yang buat ‘oppa gangnam style’ kat depan
dengan shuffle… he.he.he
nak buat apa ni, marah pon dah tak lut dah
mana next cikgu niii, cepat la masuk,. Dah tak sedap hati
dah ok pon sikit lepas tuh
lepas tu datang la cikgu lepas tu ha… lega nya dahhh

11.30 kena ikut cikgu Syuid masuk kelas untuk observe cara mengajar
penatnyaa rasa, tak nak masuk tapi terpaksa
sejam dalam tu, ok la…pandai cikgu ni control kelas
speaking lagi ha, tapi slow-slow la
catit-catit note
owhh, macam ni ha nak mengajar BI
ehem2, cikgu syuib ni, seriously handsome .haha .ups!
tinggi, kemas, discipline, and yang paling best suka budak-budak dan budak-budak pon suka dia.hee, comel sangat ha XD
oh my, sebab dia handsome, so aku pon jadi segan gila
ehee >_< sebab dia sangat ramah
so, jadi sangat segan dah bercakap apabila disoal sahaja.haha
Abih kelas dah 12.50, fuhh, memang straight je la aq masuk kelas hari ni ha, dalam hati tu dah rasa yang macam taknak masok kelas mana-mana dah lepas ni, tolong laaa
tapi sebenarnya taleh rasa macam tu ha
jadi cikgu ni…kena la macam cikgu. Kan ^_^

Masa tanda attendance balik, terserempak ngn pk hem
dia cakap pukul 2 nanti ada koko, persatuan
boleh la kalau nk observe kea pa cara pengendalian
ehhh, hurrr. Perut dah buat lagu heavy mental ni
air dah habis, kepala berat dan pusing-pusing sikit
batuk dok terbahak-bahak lagi
so, kaki ni melangkah balik rumah je lah ha
sambung besok ye :D

~assalamualaikum~

Tuesday 2 April 2013

bahagian 2 ^^



~assalamualaikum~

Hari ke-2 ber SBE
kedemamman, kebatukkan, keselsemaan, ketidak laratan
Sampai je sekola, lepas tanda attendance terus g library sebab tak tahu nak buat apa
sampai tersengguk-sengguk la kat library punya bosan
teringinnyaaa nak masuk kelas haa
pkul 8.30 dah, tak leh jadi nih

angkat kaki g pejabat nak jumpak pk 1
nak mintak masuk kelas jugak *bersemangat
malangnya cikgu tu cakap hari ni dah full
besok ada la, nak?
bercayaha mata bulat-bulat.yea! ^_^

Turun bawah kejap sebab Nampak cikgu jasni ajar pj kat budak2 darjah 2
slumber je.. ‘cikgu, boleh sy join?’ haha
pj la kejap dengan budak2 tuh, sikit- sikit je ha, pakai baju kurung ni.
haha, agak-agak la
abis pj g meronda dalam bilik stor kejap, lepas dah dapat izin ngn cikgu khairul anuar yang hensem
haha, boleh pulak nak dikuncinya bilik stor tu…. Cikguuu niiiii -_-''

Ok dah bosan balik, ronda-ronda lagi, jam baru 9.30 ha
lalu kat bilik SPBT, cam kenal je cikgu ni… oh ya, cikgu lama dulu
hai cikgu, err. Boleh sy duduk dalam ni?’ tersengeh
yea!... sembang-sembang kejap, buat assignment, on9 face book, chatting
yup, sampai balik dok dalam tuh.hehe
bukan malas nak meronda tau, serious tak larat hari ni ha
mata pond ah merah … hai looo

Tak sabarnya nak tunggu hari esok
dapat ganti kelas, macam mana la eh?
hurmmm, nak ajar apa ha? Nak buat apa haa?
hurmmmmm, besok la pikir.haha
bye! :D

~assalamualaikum~

Monday 1 April 2013

first day!



~Assalamualaikum~

Haishh,. Sangat malas sungguh tuan punya jari ni kan
dah berapa lama ni, baru nak up date
sebab tak ada benda nak cerita ha
ni baru ada. Hehe
cuti mid sem sekarang ni, minggu lepas sebenarnya
sekarang ni sedang ber ‘SBE’ ha
tau tak apa kebendanya tuh

SBE= school based experience. Or. .
PBS= pengalaman berasaskan sekolah. –sama la 2, 2 tu ha

5 days~And yesterday was my first day ^_^ * baru hari ni nk update.ups!
nak share ni, semalam sangat lah bosan, dan menyedihkan, dan kesepian, dan kesunyian, dan kesengsaraan, dan…ahhhh

Tepat 7.10 pagi, dah terpacak depan office, too bad tak bukak lagi, so tunggu kat tangga, sembang2 kejap dengan cikgu2 sana, jugak dgn cikgu2 lama dulu, tak sangka ada yang kenal lagi >_<
pukul berapa entah pk hem datang bawak kunci, ok2. Take note, kunci office pk hem yang pegang ha
motifnya ni, nak jumpak guru besar, siap sedia untuk melapor diri. Then dia pon sampai, tapi dia suruh tunggu lepas perhimpunan, ai aiy sir!
Forgot to mention, I am alone, yup… for this five day, a.l.o.n.e
teringin nk join cikgu2 masa perhimpunan tu, buat gedik cakap nak dok sebelah ha, ops, tempat orang… dan ditunjuknya kerusi plastic merah tepi pk hem barisan depan sekali yang memang kosong. Errr, haha. Yup… I sit on that chair, yang betul2 berdepan dengan semua 551 orang pelajar yang sangat lah comel dan kecik kecik… suddenly, something happened, 2 orang pelajar jatuh menyembah bumi, kesian sangat2. Sebab tak makan kot, so dengan otomatiknya topic kepentingan sarapan di highlight kan pada pagi tu..
sarapan tau !!!

Selesai perhimpunan, g mengadap guru besar, ada la jugak setengah jam dok tercongok dalam office tu tunggu, sebab guru besar g padang tengok peralatan sukan apa ntah. Cikgu2 yang lalu lalang tegur dengan ramah.nampak cikgu anuar lalu, cikgu masa darjah 6 dulu. malas nak tegur sebab ingat dia dah lupa, senyum je lah. Sekali dia kenal, haha. Kantoi… tapi gembiranya sangat teramat lah.
dia boleh Tanya, ‘kenal dak cikgu azumi’?
apa la tak kenal ha, cikgu azumi tu uuooollss, cikgu paling femes kat skola ni dulu, sebab hensem *agaknya la, so iyakan je la
dan cikgu anuar gelak * cikgu ni dulu x hensem mana, tapi sekarang nampak lebih menarik, haha
‘habisla cikgu azumi tu, bekas student sendiri pon nak ngorat, tadi dia cakap apa tau kat saya masa perhimpunan, nak berkenalan ngan kamu’.
ha.ha.ha. gelak je lah… info kaki-cikgu azumi dah kahwin dengan cikgu syuhada dulu *obviously not me -_-, and dah ada 2 orang cahaya mata..ooo cikguuu, boleh tahan lagi ehh

Habis lapor diri, jumpa pk hem, pk 1. Kaki pon start bergerak cari hala tujuan, dengan name tag yang melekat ni, semua student panggil cikgu..hehe seronoknya rasaa
Cikgu… selamat pagi cikgu…assalamualaikum cikgu…morning teacher… tumpang lalu cikgu…hi kakak *haha comel…assalamualaikum ustazah*opss
terpaku kejap kat tepi koridor, haha.. macam2 lah bebudak ni, comel jerr >_<
Dah start rasa, boring -_-  seronok gila dapat on9 sebab sekola tu ada wifi, tapi tengok kawan2 lain post gamba dengan status, diaorang masuk kelas, ganti cikgu yang tak hadir..arrrr, nak jugakkk!!!!

jeles! Jeles! Jelesss!!!!

sabar je lah, dengan harapan masa cepat berlalu, g pustakaan kejap, buat tinjauan. On9 lah diri ini di sudut guru , jeng..haha
cikgu hot 9 tahun dulu masuk dan duduk kat kusyen yang sorang tu kat tepi. Tak kan nak buat derk, tegur lah. . lama la pulak sembang ha, cikgu ni dah tak hensem macam dulu, korang boleh imagine tak kalau sy cakap dulu cikgu ni kulit putih, bibir merah, mata cantik, tinggi tak sangat pon, ala2 tinggi Ally iskandar ha, dia orang seremban, so ada pelat nogori la sikit, rambut dia perm sikit, ada taik lalat tepi mata. Haaaa, macam mana la dia tak digelar cikgu paling femes 9 tahun dulu ha. Tapi ulang suara, ‘9 tahun dulu’ haha
sekarang dia dah gelap sikit sebab jadi cikgu pj ja, hari2 dok kat padang, badan pon dah tembam sikit sebab keja dia sekarang ngadap computer key in data hari2, Khamis dengan jumaat tak ada kelas, so datang sekola untuk key in data sikit2 dengan makan je. . haigoooo o_O *tapi mata dia masih cantik, seriously!
datang sorang cikgu prempuan duduk depan, lega la sikit. At least, tak la berdua je ha. Sembang2 sambil cikgu2 yang lalu lalang tepi tinggak dok usik, haishh..apakah, diaorang cakap, nama dah sama, beza h dengan y ja.. ha.ha.ha. aku gelak takda reaksi, ‘panggil shue je boleh?’ . . .ahh, tensiong gak aku cikgu sorang ni, so aq pon undur diri dengan alasan nak ronda2

I wishI wishI wish I am not alone !!!

Merayau lah diri ni ke makmal ICT, kantin, pejabat, duduk tepi koridor, naik turun tangga, dan g kantin balik. Nampak tak kat situ, betapa bosan dan sunyi nya hidup sorang-sorang macam ni.
then, kembali pulak ke library sebab nak tengok pukul berapa, sebab henfon dah mati habis battery, duduk2 situ kejap bebudak 6m masuk, haha..ni baru tak bosan. Aku panggil diaorang duduk sekali, sembang2..diorang cari buku then suruh aku explain balik. Baru best ha, tapi kejap je. Loceng pon bunyi, aku pon happy gila sebab boleh pon balik.huh

On the way nak g sain nama kat office, selisih dengan bebudak darjah 4 rasanya nak balik. Diorang cakap assalamualaikum cikgu dan hulur tangan, alahaaii…seriously rasa nak nangis, sob2.haha
diaorang sangat comel tau, boleh pulak buat barisan sebab nak salam tengah2 jalan koridor tu. Hati yang bosan sepagian kat situ dah terubat… terima kasih ^_^

Hari-2 ni, rasa macam tak mo datang, seriously… aku nak masok kelas, ganti cikgu… kenapa la cikgu2 sekola ni sangat rajin hari2 datang, skip la sekejap bagi chance haaa. Tapi mengenangkan muka  bebudak comel yang panggil cikgu tu. Tak boley tak boley . kana g jugak.hehe :D

~Assalamualaikum~

Friday 8 March 2013

randomly

~Assalamualaikum~
something happened, lately ni yang mana tak pernah terjadi
lalu terwujudlah satu rasa yang memang tak pernah hadir sebelum ni
rasa yang lagi pedih daripada dihiris pisau
rasa yang lagi geram daripada geram kat nyamuk
sedih yang teruk sampai rasa tak mahu jumpa sesiapa pun
kadang-kadang rasa diri macam orang gila, depan semua orang
boleh tersenyum bahagia 
tapi dalam hati, ya.hati tu sampai dah nak remuk
serabut..semuanya serabut
banyak sangat mulut yang berbicara
dan aku tahu, aku ingat satu benda, satu pesanan seorang sahabat
'anything can happened shue' thanks =)
dan 'jangan percayakan seseoarang tu 100 %
dan jangan serahkan hati tu kat dia sepenuhnya ' =) thanks
aku tahu tu, dan aku cuba, cuba untuk tak sepenuhnya mempercayai
tapi aku sering gagal, sebab aku akan menangis lagi
aku pun cuba untuk tak serahkan kepingan ni sepenuhnya, 
pun aku sering gagal, sebab aku akan rasa kecewa lagi, remuk lagi

tapi aku juga tahu, yang aku harus mencuba lagi
mencuba untuk keraskan hati
tak siapa tahu masa depan
malam tadi tidur dengan persoalan 
sampai mimpi yang bukan-bukan, alarm berdering byk kali pun tak sedar
bukak mata terasa nk bukak FB, haha. teknologi dihujung jari betul
1 senyuman terukir tengok balasan dari sahabat
1 senyuman lagi terukir tengok yang atas ni =)
sama macam yang sahabat2 sejati ni cakap, thanks korang =)
ada lagiii....
see, *senyum lagi
cakap kat hati, silalah kuat
seseungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang =)
and 1 more. .
sentap! hambik kau
sebab tu kadang-kadang sedih dengan diri sendiri
sebab air mata ni dibazirkan untuk manusia yang bukan sesiapa
yang bukan pasti akan jadi hak milik kita
keraskan hati
kuatkan iman
pandang ke hadapan
apa yang berlaku semalam-sejarah
yang berlaku hari ni-redah je
yang berlaku esok-sambut dengan senyuman
jangan hidup untuk sejarah semalam
jangan hidup untuk benda yang tak pasti esok
hidup untuk hari ni, sebab mungkin hari esok tu tak kan ada lagi
*senyum lebar-lebar :'D

~Assalamualaikum~