sweety follower

Sunday 9 December 2012

the way we are



Amirul mula kelihatan resah, dari tadi pandangannya hanya kearah jam dinding yang tergantung dan ke pintu kayu yang tertutup rapat. Sesakala perutnya yang mula mengeluarkan irama keroncong  diusap perlahan sambil mambuat muka comel yang menahan lapar.  wahai perut, sabarlah ya. Sekejap aja lagi. ya ya.. bunyi deraian kunci dari luar pintu  mula mengukir senyuman di wajahnya tiba-tiba. Dan apabila pintu dibuka,terus amirul berlari lari anak seakan kanak-kanak riang mendapatkan ibunya. Sambil berteriak.
 
yea yea!!sampai pun. Makanan,serang!!..mee udang. yuhuu
 Mohd Adam yang baru meletakkan topi keledar di  belakang pintu memandang amirul tajam seakan harimau lapar yang terlihat kancil panggang bersama sos black papper. Amirul menelan air liur.  gulp!’ . 
Mee udang, hah.nah amik!! makan kau sampai muntah!!’ .
ouch!!’
.
jerit amirul apabila plastik hijau yang mengandungi mee udang panas itu disembamkan ke perutnya. Tanpa sebarang kata, adam berjalan pantas dengan muka mencuka 14 sebelum hilang bersama bunyi hempasan pintu bilik yang kasar,seakan bergegar apartment itu dibuatnya. Amirul terkedu, hatinya walaupun tiada hidung mula mengesan sesuatu yang tidak  kena  dengan sahabatnya yang sudah dikenali sejak university itu. Namun, aroma wangi mee udang amat mengganggu tumpuannya untuk berfikir.
Dalam hati ‘ah,lantak lah kat dia, yang penting, mee udang aku. Alolo, kesiannya terkurung dalam plastik ya sayang ,I bebaskan you ok. Jom cari mangkuk jom, hahaha, wahai perut,habuanmu sudah tiba. Wahaha!!’  
dah macam orang gila dah,kalau tak dapat makan seminggu macam mana la rupanya ye.
kau ni,nak makan ker tidak ha,tak nak bagi aku, dok buat muka tak puas hati dari tadi.ingat lawa?’
alisa mula membesarkan matanya yang tidak besar, sambil mengeluh kasar,gadis itu sempat lagi bergerak ke peti ais mengambil air  kotak duch lady perisa stoberry , menuang kedalam gelas dan meneguknya hingga habis.’
Memang aku tak puas hati la mas, lepas ni kau teman aku gi balai polis. Aku nak buat report la,baru padan muka dia, huh. menyampah, sakit hati..argh!!’

mastura yang sedang mengupas kulit udang galah sebesar ibu jari itu tersentak,dipandangnya wajah alisa yang berkedut seribu  itu sebelum berkata.
kau biar betul,ha! kok iya pun story la dulu kat aku yang tak tahu apa-apa ni, ha. Ce citer ce citer’.
Alisa mengeluh lagi sebelum mengarahkan otaknya membuat playback tentang kejadian semasa membeli mee udang tadi, yang dirasakan kejadian paling buruk pernah menimpanya..
Woi jantan!”(Muka bengang)
Hah, amboi, cantiknya bahasa, apahal kau betina!?”(Muka blur mula-mula pastu mula berasap jugak)
Owh,buat muka tak bersalah lak,lelaki memang semua sama!pantang Nampak peluang, patut taruk kat planet lain ja lelaki macam awak ni,selamat kami kaum perampuan”. (Kalau zoom, boleh Nampak asap keluar ikut telinga)
Senyap…ada bunyi cengkerik lagi. (Muka bertambah blur)
hei,apa ni ha, merepek apa nie??”
Merepek, owh..merepek ye. Yang awak selamba raba belakang saya tadi, awak kata merepek, hah !! (Dengan mata yang macam nak terkeluar)
Hei, (muka bengang, kalau nyanyi lagu akim bengang konpom sedap) mulut awak yang  langsung tak menarik tu, jaga baik-baik. Orang datang sini balik makan mee udang, awak balik makan kasut nak . Ker helmet Ni, hah??!!
"Ah, sudah gaharu cendana pulak, dah dia yang buat boleh buat-buat tak tahu pulak, lelaki tak guna, muka Nampak baik, pakai cermin mata macam educated sangat. Tu ada zoom apa kat cermin mata tu, senang nak mengendap pompuan, kan kan...”(Dengan selamba gila badak dengan muka yang masih tak puas hati)
Ahah, sudah... ini dah lebih Ni, woi pompuan, kau sakit apa ni sebenarnya, hah? Hei, aku tak ada masa la nak layan kau, aku datang sini nak beli makanan ni, tak hingin nye aku nak meraba punggung kau yang tak lawa tu, regisrer nak jadi model sepender pun konpom kena reject awal-awal tau! Tolong sikit…” (Siku dah bertemu dengan ruas, ambik kau.)
(Memang tersentap ar, ternganga mulut menahan geram, lalu menarik nafas dalam dari teras dalam bumi sebelum sepenuh tenaga dan suara menjerit bagai nak keluar anak tekak)
Tolong, ada orang gila seks kat sini, tolong…!!!
Hei, awak!
_____________
Hahahahuhuhu,haha.aduh.sakit perut eden,haha. Malang sungguh nasib sahabat aku ni, haha
 penat amirul ketawa, matanya yang berair dilap dengan lengan baju. Mohd adam yang duduk memandang tajam amirul, dalam hati memang dah rasa nak telan jer budak tu   ni aku malas nak citer ni, kau agak agak la, ni bukan cerita lawak la, aku tengah bengang nie...ha, nanti pompuan bertuah tu aku tak dapat, kau yang makan helmet kot, nak?!
amirul menghabiskan sisa tawanya,  sebelum bangun berdiri dan duduk kembali atas sofa setelah lama berguling-guling atas lantai marmar mengalahkan  kartun shin shan ”Haha ..ups...Erm.ahem ehem, sory la bro, tapi citer kau bapak punya lawak la. Rugi plak aku tak ikut tadi, kalau aku rakam pun best, antar kat mak kau kat kampong nun yang dok talipun tu, ni la yang mohd adam dok buat kat kuala lumpur ni, meraba punggung perempuan,ahahaha ..”
kau memang kan,sini………”
 Maka terjadilah adegan kejar mengejar antara mereka.Ledak marah adam semakin memuncak apabila jarinya terkepit pintu yang ditutup kuat amirul gara-gara nak selamatkan diri...Kesudahannya, amirul kena denda masak untuk adam sampai jari dia baik sepenuhnya...


...................................................................................................................................


 Alisa mengiring ke kanan, dan ke kiri, dan ke kanan, dan ke kiri kembali sebelum ke kanan. Dan akhirnya gadis itu bangun menggaru kepalanya yang tidak gatal, kelimumur pun tak ada, rejoice kan ada.. Gadis itu terus berdiri dan berjalan menuju ke tingkap sebelum memerhati suasana malam dari apartmentnya yang terletak di tingkat 8. Alisa memandang ke bawah, kalau terjun konpom mati, kalau tak pun koma setahun. Ish, bukan fikir pasal tu lah… alisa mengeluh perlahan. Gadis itu mendongak ke atas pula, mencari-cari bulan yang terselindung di sebalik awan besar yang hitam yang sarat mengandung hujan lebat. Alisa memandang awan itu tajam, focus, seakan-akan wajah sahabatnya mastura terukir di situ membuat playback ceramah yang paling panjang dalam hidupnya mengalahkan ibunya sendiri.
Ya allah, sahabat aku nur alisa batrisya oi, apa kau dah buat ni ha. Abeh tu mamat tu kena belasah la ha?
Tak sempat, dia sempat pecut ngan RXZ dia tu, huh, motor pun dah macam play boy
Ish kau ni, kau tahu tak kau dah buat salah, hah lisa
Arr, salah apa, aku kena raba tau, kau ni kenapa nak back up mamat tu pulak hah
nur alisa batrisya, kau tak boleh tuduh dia suka hati macam tu, mana kau tahu dia salah, mana kau tahu tangan dia yang raba kau hah,kau engat sikit, mee udang pak andak tu kan memang popular gila gaban kat area ni, tiap hari orang berebut nak beli kan, kau engat tak kejadian bulan lepas yang ada orang gaduh pasal engat dompet dia kena curi, sampai polis tolong setel, padahal dompet dia jatuh tepi tayar lori pak andak tu ja, ish ish, pak andak ni pun satu, duit tak cukup lagi ka berniaga dah bertahun-tahun, cari la tapak  yang besar sikit nak berniaga, ini tak nak jugak guna lori uzur tu,ish ish, hah. Berbalik pada masalah kau, kau dah salah tau, kalau memang bukan dia yang buat, kau dah berdosa tau, tak kan ustazah sekolah rendah dengan menengah kau tak ajar yang menfitnah tu dosanya lagi besar daripada membunuh tau, ha ni aku ajarkan kau. Kau bawak la dosa tu sampai mati, Lisa Lisa, tak tau la aku, nak tidor la. Ni hukuman kau, kau basuh pinggan aku ni, kau pikir-pikirkan la apa yang aku cakap ni ye, selamat malam”.
Alisa mengeluh lagi, hujan yang mula turun membasahi bumi kuala lumpur bak tajuk lagu ana rafali mencambahkan lagi benih rasa bersalah yang semakin subur dalam hatinya..what had I done,!!
  
                                      to be continued(hoho,dh lma tringn nk tulis ayat nih)
*maaf la kalau x best ye. suka suki jeee~~

kcingggg!!!!!

~assalamualaikum~
 terasa nak buat satu idea x berapa betul lah
hobi dulu dah datang balik
karang carpen
aaaa, jangan la gelak sampai golek2 pulak
saja2 je pon
 keh, ta ta ta
sila baca kalau tersangat lah rajin dan tak ada kerja yang tertangguh ya
bye~

Friday 7 December 2012

berat. .

~assalamualaikum~
dulu, aku ada sorang kawan
yang sangat memahami
jujur, dia bukan lagi kawan bagiku
tp seorang sahabat, malahan sudah ku anggap saudara
sayangkan dia, sangat-sangat
masalahku adalah masalahnya
dan masalahnya adalah masalaku
bibir ni tersenyum bila mengingati saat2 itu
tapi kenapa hati ni...terasa berat

masa sebenarnya tak mengubah manusia
manusia itu sendiri yang mengubah dirinya
dan mungkin ini salahku juga
tapi apa?
puas sudah aku memikirkan
puas sudah juga aku memohon kemaafan
tapi...
apa yang berlaku masih belum aku fahami
perasaan macam ni
memang berat
tiap kali kenangan2 itu terlayar di laluan memori ini
hati terasa dihempap entah apa
berat, hanya itu yang dapat ku gambarkan
aku mohon, agar segalanya dapat kembali 
seperti dulu
yang aku tahu sekarang
semua ini berpunca daripada diriku sendiri
tapi apa? ahhh,.. memang berat
aku rindukan saat2 dulu
namun hanya kesedihan yang ku rasa kini
yang aq mampu
menanti agar masa dapat mengubati segalanya
ketahuilah sesuatu
kehilanganmu seakan kehilangan sedikit demi sedikit diriku sendiri
~assalamualaikum~

Saturday 10 November 2012

the starting

~assalamualaikum~
alhamdulillah
semua dah tamat
perjalanan hari ni
bermula jam 3 pagi tadi
bangun dah bersiap2 mental dan fizikal
ke kolej dan menapak masuk ke dewan peperiksaan 
menjawab soalan 
reading-the most annoying one!
sebab passage yang sangatla menyampah dan macam mengarut pun ada
tak cukup masa dan kelam kabut kat last passage.hurrr
writing-half annoying la
sebab alhamdulillah, question boleh jawab, insyaallah
question tu pun boleh jawab, tapi kalau dapat lebih masa
mesti akan jadi more better than tadi tu
listening-tak annoying sangat la
just a few last question agak kepeningan sebab kena create own sentence
whatever it is
it's done! finish! the end!
perasaan yang sukar digambarkan 
happy sesangat! ^__^
and balik tadi, bummm
terus tido dengan senang hati
and just a few hours ago
my new life story just been created
finally .. he is telling me the truth
so, just wait and see lah ye what will happened nanti
hope semuanya okey je
~assalamualaikum~
=)

Friday 9 November 2012

its time!!

~assalamualaikum~
taraaaaa!!
setelah sekian lama menanti dan menunggu
dengan penuh rasa sabar
dan juga tak sabar
dan tekanan yang sangat menyiksa otak
dah hati
muka berkerut
angin 1 badan tetiba
bad mood tetiba
menangis tetiba
sakit hati, rasa nak luruh jantung
dan bermacam-macam lagi perasaan yang kadang-kadang
tak dapat nak digambarkan
for sure
dah tak mau mengalaminya lagi
sudah..sudah cukup sudah
cukup sampai di sini sahaja
jangan la kau kembali dalam hidupku lagi
wahai MUET
hidup jadi tunggang tebalik
semua sebab kau tau tak!!
ok tadi dah bangun awal gila
and suppose to study right now
apa kau buat merepek menari-nari kat ruang kelabu ni lagi wahai jari-jemari hah?!
whuuu, sebab dah tak tawu nak buat apa dah ni
nak baca apa pun dah tak tawu dah
ok sabar ea shue
nanti mula-mula reading
dah tak payah buat latihan okey
reading tu rasanya kalau nak score
kena bertenang dulu.okey?
listening pun, fokus!
yang kena struggle sekarang ni...
writing... keh ^^
jagang lupa
ikut format
jagang lebih word
ya-Allah
kau berikanlah aku ketenangan
kau berikanlah aku kefahaman
kau berikanlah aku kesabaran
kau berikanlah aku kekuatan
lapangkan lah mindaku ya-Allah
Amin . .
terima kasih buat semua yang menyokong selama ni
yang tak pernah jemu bagi nasihat kat budak degil ni
yang selalu temankan tiap kali rasa down..selalu
yang selalu happykan tiap kali rasa sedih.. selalu
thanks for everything
InsyaAllah
sy boleh buat keh, don't worry =)
~assalamualaikum~
^_^

 

Wednesday 7 November 2012

abah

~assalamualaikum~
hujan lagi
hujan lagi
hujan lagi
rahmat Allah =')
masih tak berhenti dari minggu lepas rasanya ni
macam mana la kat kapung eh, mesti lecah merata kan
yela, rumah kat kampung tu tanah merah je pon
hurmm, hujan-hujan macam ni teitba teringat satu memori 
yang memang tak pernah dipadam dan dilupakan sampai sekarang
memori syahdu wakti hujan macam ni lah
dengan insan lelaki yang paling aku sayang. abah ku yang comel!!
masa tu form 5 rasanya. a'ah.betul lah form 5
selalunya aku g sekolah naik basikal
tapi disebabkan pagi tu hujan tak berhenti daripada malam
abah offer diri nak tolong hantarkan dengan motor 
bagi cadangan kat abah tungggu sampai hujan tu reda sikit
abah cakap tak payah
so pergilah ke sekolah aku dan abah berdua atas motor tu
bila kat jalan je, dah mula rasa sebak
know why, sebab tertengok kat cermin sisi motor tu
mata abah terkebil-kebil tahan angin yang kuat masa tu
dengan hujan lagi, boleh bayangkan tak?
cakap kat abah, tak payah kalut-kalut la
kalau susah berhenti dulu berteduh kejap kat mana-mana
tapi tau la perangai abah, degil! macam anak dia sorang ni la!
nak dijadikan kisah pulak
ada satu kereta besar ni
dah tak ingat besar mana dan kaler dia
meluncur laju daripada belakang
hati dah mula menyumpah-nyumpah habis
tak pernah belajar sivik ke apa?
dah hujan tu..bawak slow2 sudah la
disebabkan tayar kereta dia yang gedabak tu membelah jalan masa hujan
habis terpercik air hujan yang bertakung kat jalan
kena kaki abah sebelah dan kain sekolah aku
abah pakai kain pelikat je masa tu sebab baru habis solat subuh
kain aku tak kisah
tapi tu kain pelikat abah la wahai pemandu bongkak dan tak pernah belajar sivik!
dalam hujan tu, perlahan air mata ni jatuh 
sebak tengok abah yang basah
bila sampai sekolah
tak cakap apa, salam dan terus masuk je
tak nak abah tengok mata yang merah ni,
bukan sebab angin la abah
pipi yang basah dan hangat ni sebab air mata, 
bukan sebeb hujan la abah
maaf orang tipu abah :(
abah tegur dan tanya sebelum aku angkat kaki, tu la jwapan aku
 sampai hati pemandu tu
ingat dia sorang je ke ada kereta hah?
kasian kat abah
macam mana kalau orang lain buat ayah dia macam tu?
dia tak ada ayah ke?
tak sayang ayah ke?
tuhan je yang tahu macam mana perasaan masa tu
dalam hati
rasa bersalah sangat kat abah
nanti eh abah, orang dah kerja nanti
abah tak payah g mana2 dah
duduk diam2 dalam rumah
happy2 je ea~
ya-Allah, berikan lah aku peluang untuk membahagiakan abah
Aamiin 
my lovely cutey abah
mat noh bin mat desa
and her princess~ngeee
love you abah... so much =')
~assalamualaikum~

 

Monday 5 November 2012

waiting

~assalamualaikum~
kadang-kadang tu
benda yang paling kita tak nak pikir
tak nak amik tawu
benda tu yang datang jenguk kita hari2
masuk dalam kepala kita nih
dan paksa kita berfikir
so, nak ataupun tidak
kena pikir la kan
dan kadang-kadang tu
benda yang selalu kita pikir
kita nak amik tawu hari-hari
sampai selalu imagine benda tu
dan kita jugak pernah harapkan supaya suma tu jadi kenyataan,real
tapi..
bila benda tu dah jadi real. .
dah jadi kenyataan. .
dan jadi dah ni. depan mata. .
then? what next?
ah sudah..mula gelabah tak tentu pasal
scary tetiba
imagination and the reality is totally different dear
tutttt. . . .
why i am like this hah
huh, lemah..lemah..
tapi . . .
still waiting
for that words
from his own tongue
tanyala
don't want
why? 
he deserve better
why? 
don't know
your feeling?
sigh~
deep breath~~
everything just gonna be okey
insyaallah
miss annoying 
oh yes, really you are!
oh please, get rid all of that from my head now!
dear Allah, tenangkanlah hati aku
lapangkan lah mindaku dari segala bnda ini
~assalamualaikum~



Sunday 4 November 2012

~assalamualaikum~
currently 3.50 am
isnin
syiiiiuuuuuuu~~~~
*bola kapas golek2
sunyinya rasa sekarang
foundation baru tamat jumaat tadi
alhamdulillah
housemate, college mate, class mate
 ramai yang dah balik
roommate pon nak balek dah besok
alahai~
kesepian la aku ni haaa
yang tinggal hanya bebudak yang repeat MUET sabtu depan
yup.. aku sekali la tuuu
hurmm, nothing want to say
mata tak ngantok sebab tido terlampau banyak sangat dah hari ni
kalau tido lagi boleh migraine dah rasanya
tak ada apa2 idea untuk diceritakan
sekadar memenuhi masa biarkan jari-jari ni buat exercisse pepagi buta
belajar lenggok salsa sikit
out of sudden kejap ye
pernah tak korang rasa ....
errr, misses someone
huh sudah kau shuhada
pepagi ni nak berjiwang plak ke?
huh, tanya je pon 
dah ngape tetiba
coz i feel it right now
aaaaaaaaaaaaaaaa
krik krik krik~
nonsense!
~~~~~~~~~~~~~~~
nak gitau yang tu je acctually
i'm misses someone
that i really don't know who?
x salah kan?
juz it..
apa2 pun
hiyakkk!
tepis ke belakang
i don't deserve to have that feeling yet
kan?
tawu pun~
gedik je kau uh
tak payah nak menggatai la nk rindu, cinta bagai kat manusia ni
rindukan dan cintakan pencipta kau yang satu tu dulu
oukeh ^_^
peringatan buat semua orang
jangan sesekali tewas dengan mainan dunia
*cekak pinggang
 “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.”
(Hadits Qudsi)
kan~
yut yutttt...
insyaallah~
hurmmmmm
aaaa, entry yang lagi lagi lah sangat nonsense pepagi buta ni kan?
1 ayat copy paste terbaca yang sangat kena dengan diri
ubat hati
"mengharapkn org mencintai kita kerana Allah.. knp? sbb dia tau kita ni amanah yg Allah kasi kat dia, so, insyaAllah, akn bhgia hingga ke syurga"
aamiin =)
sebaik baik perancang adalah Allah
so, just let everything to him keh
okey.. wink wink~~
selamat pagi sahabat
~assalamualaikum~
^_^


Friday 2 November 2012

e.n.d

~Assalamualaikum~
>_< ngeeeeeeeeeee
sengeh sorang2 la pulak minah ni
heee, haruslah
day 5
last exam.
e.n.d
so, lets huuurrreeeeyyyyy laaaa
apa lagi nak buat kan
huhuh, susun jadual untuk cuti cepat
movie..bla bla bla..tidoo..bla bla bla bla..movie..bla bla bla..tido..bla bla bla
hoit!!
hurrr, apa lagi. nak seronok pun susah la kalau kena kacau macam nii
amboi, sakan kau ye
sedar sikit diri tu nak kena repeat muet sabtu depan
deng~~~
uhuk, ooo yeeaaa.. ngahehe..peace!
*buat2 hampir terlupa
apa-apa pun
exam baru habis
so, buat masa terdekat niiiiii
xmau pikir pasal study lagi. get it!
baru lepas have a verry great time enjoying our usrah last sitting for this year
main tukar2 hadiah lagi tau..auuu, tomei~
and me, dapat selendang from najwa
spoil jerrr x bawak usb. kalau tak boleh tunjuk sini
ngehehe... thanks wawa! ^^
balek tadi sangat lah penat tapi best yang teramat
perut yang still lapar dah diisi dengan kew teow 'pama'
running man episod 117 pun baru lepas tengok setelah dekat seminggu lebih tahan diri...
wuuuuu, tak sabar gilaaa nak tengok next episod
preview best gilaa
running man pulak dah
dan sekarang.....
nak tenangkan tubuh
rehatkan otak
dan kosongkan minda
dengan cara yang paling best seantero dunia
tido lerrrrrr
huahuahua...
ye ye baiklah, bising je kau ni shuhada..gi tido sana! 
arr, kenapa rasa macam ada 2 personality je ni
huh, scary~
apa? siapa? 
huh xda apalah.hee
selamat malam semua
~assalamualaikum~
^____^