sweety follower

Wednesday 31 October 2012

still exam week

~assalamualaikum~
day 3..
already done yesterday.
day 4.
just have done 3 hour ago
day 4!! ommo!
cepatnya masa berlalu kan
alhamdulillah =)
*beban dah berkurang
semalam punya exam, introduction to education
as usual, xmoh recall!! ,hurrr
tadi, intoduction to child psychology
hurmm, ok la jugak daripada yang semalam tu
tapi banyak jugak la mengarut, macam biasa.heee
bak kata yuyui(shahira raffi)
psychology pasal principle2 yang berbagai tu
tapi kalau x tau xpa, buat ja principle sendiri
dan. deng~~ 
aku dah berjaya buat principle sendiri. hoho
dan sekarang sekali lagi hujan
setelah baru sidai baju.errr
laparr ni
thanks to roti tawaq (biskut) tiger dan milo 3 in 1 kedabomm! ^_^
milo oh milo
yummi yummi
urmmm, tapi
oh tidak, kekasih lamaku mr nescafe!!
tidak, jangan pernah kau menjelmakan dirimu dihadapanku lagi
nyah kau jauh2!
tidak, bukan salah ku kita jadi begini
bukan jua salahmu wahai kekasihku
memang bukan jodoh kita untuk bersama.uhuk2
akan ku abadikan saat2 kita bersama dulu dalam kotak ingatanku...
selamanya.sob3
hooiii!!!.
opocot tekejut!
-_-''
dah2, melalut je lah kau shuhada uit
dah tak boleh minum tu buat cara tak boleh minum
kalau setakat minum tak sampai separuh
then, rasa kepala macam nak meletup baik tak payah
huuu, sedihnya hidup ni
kenapa oh kenapaaaaa!!
kau memang degil eh shuhada
'pelajar bermasalah'.haha
ceit, berani je panggil macam tu ye
ok lah
admit it, aku memang tak pandai tulis belog kan
mengarut ja lebih
kepada yang sudi membaca *kalau ada la
ribuan terima kasih diucapkan, terharuuu
dan jutaan maaf dimohon
sebab belog ni sangatlah mengarut
dan menghabiskan masa anda je kan
~assalamualaikum~
^_^

Monday 29 October 2012

exam week

~assalamualaikum~
day 2!
huh, dah exam rupanya aku ni
hehe, dah hari yang ke dua pun
currently 3:50 am
baru sejam study setelah bangun dari tidur yang best sejak pukul 10 tadi
semalam punya paper, listening test
malas la nak recall balik
buat sakit hati >_<'''
pagi nanti punya paper
grammar and vocabulary
and reading and writing
haila~haila~haila
boleh pulak berhenti study ye shuhada ye
restkan otak kejap
baru sejam je study, tapi otak dah macam berdenyut-denyut
ni baru final foundation cik shuhada uit
degree nanti? huh ngeri....
pergi kolej sekarang tengok macam2 jenis riak wajah ada
yang happy macam tak ada apa yang berlaku
yang sentiasa serious pun ada
yang muka takut berkerut-kerut
terkenang kejap pagi semalam
ada kawan tanya
'macam mana ni shue, x study lagi ni, macam mana ni, macam mana ni'
dengan muka berkerut seribu
tanda memang dia dah kusut berjuta dengan final exam ni
dan jawapan aku
'ala, relek la.. final ja pon'
haha, shue!!!!
final je pun ye
bukan maksud aku langsung x kisah pasal exam ni
sebenarnya lebih kepada nak menyedapkan hati sendiri
aku geram tengok orang yang buat muka macam dunia nak tamat
tiap kali exam macam ni
tenang sudah la, 
ye risau pun risau la jugak, bagus risau tu
tapi janganlah terlajak/over sangat
sampai kadang2 orang lain di persekitaran pun boleh effect tau
elok2 someone ni dah berjaya tenangkan hati
alih2 tengok kawan dia dah macam cicak telan kapur(betul ke? )
ha, apa jadik.?. 
kasihanilah orang lain
sahabat sejati sehidup semati aku shahira sofian
baru lepas call dia
apa dia cakap bila aku bagitau benda ni
'hmmm, hang memang, bukan nama shuhada la kalau macam tu, 
final je pun kan'
hehe, baru aku tawu rupanya tabiat ni 
memang dah wujud lama ea dalam diri aku syira?
ngehehe 
tapi seriously debaran dalam hati ni 
hanya aku dan Allah saja la yang tahu tau~
semalam jawab exam dengan demamnya, selsemanya, batuk sikit2 nya
hari ni, selsema lagi tambah dengan sakit tekak
tapi tak kira
nak makan jugak daging masak hitam yang pedas dan sedap tuuuuu
kau memang degil kan shue!
so what? yummy yummy~~ heee
~assalamualaikum~
XD
 
~Assalamualaikum~
kadang-kadang tu
kita rasa diri ni macam disisihkan
tak dipedulikan tanpa sebarang sebab yang kukuh dan logik
kan?.. tipulah kalau tak pernah rasa macam tu
kita rasa macam diri ni tak diperlukan
dan lagi teruk kita rasa diri ni macam
invisible ! tak wujud !
dan bila dah wujudnya keadaan-keadaan macam ni
mulalah nak mempersalahkan orang lain
mempersoalkan kenapa kita dipinggirkan
kenapa dan kenapa dan kenapa?
tak pernah pulak kita pikir
yang sebenarnya 
ada kemungkinan 
yang memang salah kita pun
mungkin kita ada melakukan sesuatu yang amatlah susah
 untuk dimaafkan dan dilupakan
yang bila orang tengok muka kita ja
dah malas nak tegur
hilang mood, kan~
mungkin kita tak sedar apa yang kita buat
apa yang kita cakap
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? jawablah sendiri
kata-kata tu kan lagi tajam daripada mata pedang
mungkin selama ni kita terlalu sombong
sampai tak mempedulikan orang lain
jadi, sampai la pulak giliran kita yang rasa 
apa yang orang rasa disebabkan perbuatan kita dulu
manusia ni kan alpa
cepat lupa
nanyuk!. errr
itulah~
konklusinya, jadi manusia ni
kena hidup dalam masyarakat
kena berkawan dengan semua orang
buat baik dengan semua orang
tolong semua orang
hormat semua orang
barulah orang akan kawan dengan kita
baik dengan kita
tolong kita
hormat kita
kan =) 

~assalamualaikum~
:D
 
 

Sunday 21 October 2012

new me XD

assalamualaikum =)
nak twu something tak?
tak ada lah penting dan best sangat pon
just rasanya diri ni dah semakin baru sekarang
hurmm, baru?
means macam dah terasa lain la
what aspect? hehe
semua kot
sekarang ni. me <- nurul shuhada
bukan lagi nurul shuhada yang dulu, yang lama tuu
me, now
ups, haha..gambar bru balik kenduri, bajet ja lebih :P
 gambar edit ni sebenarnya
beza tak? kalau orang yang betul2 kenal aku dari kecik
yup, its different
aku dah tak macam dulu, aku sekarang
dah matang menguruskan hal sendiri
dah pandai berdikari
dah pandai how to solve my own problem
tak kesah la problem apa pun
aku dah semakin kuat
aku tahu apa yang betul, dan apa yang salah
apa yang boleh, dan apa yang tak boleh
apa yang patut buat, dan apa yang tak patut dibuat
macam mana nak handle certain people yang payah nak handle
macam mna nak suaikan diri sendiri dalam sesuatu keadaaan or people
yang paling best, aku dah tak takut pergi mana2 alone
yup, takut tu still ada la
but i believe nothing will happened if i trust Him
because of that, now.. i'm free..ngeee =)
bahagianya rasa bila diri dah semakin kuat. alhamdulillah :D
kawan2 pun banyak yang tolong
yang guide ke jalan yang betul, thanks Allah..
hadirkan mereka dan dalam hidup ni
terasa kehadiran mereka tu sangat lah  bermakna
macam apa je entry ni kan
haha. tapi itu lah
its my blog, its my life
so bila terasa jari ni nak menari atas key pad, maka menarilah dia
hehe XD
ups, ada lagi
gambar paling latest 
the new me. kchaaa.. XD
asslamualaikum semua =)

Saturday 13 October 2012

asssalamualaikum
dan sekali lagi, aku tersentak dari lamunan
lamunan yang panjang
sekali lagi perasaan itu datang
perasaan yang hanya singgah sebentar
namun meninggalkan kesan yang dalam sebelum pergi berlalu
aku ingin berubah!
aku mahu berubah!
aku hanya mampu tertawa mangimbau ayat itu yang kuuturkan buat diri sendiri lama masa dahulu
namun, apa yang ku lakukan
tak ada apa
tak ada apa yang berubah
oh diri, oh hati
sedarlah kamu
mohon sedarlah segera
sebelum malaikat maut itu menjelma
selagi roh itu masih satu pinjaman
ya. aku jahil
teramatlah jahil
betapa diri ini terlalu degil untuk bertemuMu
betapa mudahnya
 telinga ini mendengar bisikan-bisikan makhluk yang terlatnat itu
aku tahu
untuk apa lagi aku mengeluh
tak ada gunanya untuk dikesalkan lagi
namun, mengapa air mata ini harus tumpah ketika mengadapmu ya-Allah
alangkah ruginya aku
kesedaran itu telah lama kau hadirkan
tapi mengapa hati ini terlalu keras
kaset memori kehidupan ini tak berhenti berulang-ulang
betapa kau hadiahkan aku petunjuk
kau hadirkan seorang demi seorang
untuk mengingatimu
bersama mereka, terasa diri ini amatlah jahil
aku jahil ya-Allah
terlampau lama aku tidur
aku mati
aku jauh darimu 
aku mohon kau bawaku kembali ke jalanmu
aku mohon agar kesedaran ini
perasaan bersalah ini
perasaan rendah diri ini
perasaan takut ini
tidak hilang
tidak pudar
aku mahu sentiasa mengingatimu
aku mahu sentiasa takutkanmu
kau rahmatilah mereka yang selalu menegurku
yang selalu mengingatiku agar mengingatimu
terima kasih atas takdir ini
sesungguhnya kau telah berikan aku satu lukisan hidup yang indah
yang cukup warnanya
sesungguhnya aku tidak perlukan apa-apa lagi dalam hidup ini
melainkan keredhaan-Mu
hanya itu
=')
wassalam

Friday 5 October 2012

hari itu . . .

Assalamualaikum =)
alhamdulillah, 1 lg new post.hehe
trima kasih lg kpada yg sudi mmbca
sbb belog ni kan boring, huhu. admit it XD
petang ni nak menconteng lagi 1 rakaman yang dirakam mata ni
dan rakaman yang disimpan otak ni
tahniah buat smua plajar MMU yang convocation hari ni
happy for you all, even tak kenal sorang pun diantara diorang.hehee
dah 2 tahun tgok menatap hari bahagia student ni
dan dh 2 kali tu jgk la hati ni rasa sayu
tahun lepas lagi 5 tahun. insyaallah~
tahun ni lagi 4 tahun.insyaallah~
permudahkanlah urusanku
ada satu cerita yang buat aku rasa nak nangsis tiap kali tegok orang amik ijazah sebenarnya
nak tawu, x sedih sgt pn actually, tp promise jgn nangis ok (mata dh merah)
tak ingat la dah berapa tahun cerita ni, tap dah lama la
hari convocation kaklin(my first sister)
dia yang paling berjaya, dia yang pling pandai sbb dpat tmatkan pengajian
sampai ijazah
kaklin dapat 2 ticket percuma untuk perents masuk dewan
kaklin hasrat nak bagi mak n abah
bila hari bahagia tu sampai
pergilah mak, abah, tokwan n arwah tok ke UPM
university kaklin
sampai sana mak n abah ubah fikiran
ticket tu bagi tok n tokwan je
aku tak tahu carita sbb tak ikut pon
2,3 hari lepas tu dah aku tahu pergilah tanya mak
kenapa dan kenapa dan kenapa sebab mak memang teringin nak tgok kaklin live
masa amik ijazah
jawapan mak:
tak pa lah, bagi peluang kat tok ngn tokwan dulu, depa dah tua
masti teringin jugak
aku sekadar angguk dan mengiyakan je la
lagi pun, hang kan ada. nanti boleh la mak ngn abah tgok lagi
sebelum tak dan,mesti lagi best, tau.
harap hang ja lani, mak ngn abah pun dah tua dah, tau. belajaq sungguh2. macam kaklin tu
bukan senang, tapi tgokla hasilnya. mak abah tumpang suka ja
lebih kurang macam tu la kot, sebab masa tu rasanya aq bru darjah 4 ka 5 entah, ke lagi kcik
masa dengar tu, aku diam ja
lepas tu masuk bilik, nangis~
berikan aku peluang ya-allah
peluang untuk membahagiakan kedua insan itu yang mengharapkan aku
berikan aku peluang ya-allah
peluang untuk melihat mereka bahagia kerana aku
berikan aku peluang ya-allah
peluang untuk melihat mereka menagis kerana kejayaanku
berikan aku peluang ya-allah
peluang untuk merasai pelukan mereka disaat aku berjaya
ehem2.emm korang tak nangis kan
hehe, kan dah cakap. tak sedih pn 
(tisu mana tisu,basah dh lengan baju lap pipi)
my mom yang paling gorjesss
my abah yang omei XD
tunggu tau mak, abah. lagi 4 tahun je
insyaallah, kakcik janji mak ngn abah boleh masuk dewan tu
tegok kakcik amik ijazah ok
sayang mak, sayang abah =')
sangat-sangat
Assalamualaikum :D