sweety follower

Sunday, 9 December 2012

the way we are



Amirul mula kelihatan resah, dari tadi pandangannya hanya kearah jam dinding yang tergantung dan ke pintu kayu yang tertutup rapat. Sesakala perutnya yang mula mengeluarkan irama keroncong  diusap perlahan sambil mambuat muka comel yang menahan lapar.  wahai perut, sabarlah ya. Sekejap aja lagi. ya ya.. bunyi deraian kunci dari luar pintu  mula mengukir senyuman di wajahnya tiba-tiba. Dan apabila pintu dibuka,terus amirul berlari lari anak seakan kanak-kanak riang mendapatkan ibunya. Sambil berteriak.
 
yea yea!!sampai pun. Makanan,serang!!..mee udang. yuhuu
 Mohd Adam yang baru meletakkan topi keledar di  belakang pintu memandang amirul tajam seakan harimau lapar yang terlihat kancil panggang bersama sos black papper. Amirul menelan air liur.  gulp!’ . 
Mee udang, hah.nah amik!! makan kau sampai muntah!!’ .
ouch!!’
.
jerit amirul apabila plastik hijau yang mengandungi mee udang panas itu disembamkan ke perutnya. Tanpa sebarang kata, adam berjalan pantas dengan muka mencuka 14 sebelum hilang bersama bunyi hempasan pintu bilik yang kasar,seakan bergegar apartment itu dibuatnya. Amirul terkedu, hatinya walaupun tiada hidung mula mengesan sesuatu yang tidak  kena  dengan sahabatnya yang sudah dikenali sejak university itu. Namun, aroma wangi mee udang amat mengganggu tumpuannya untuk berfikir.
Dalam hati ‘ah,lantak lah kat dia, yang penting, mee udang aku. Alolo, kesiannya terkurung dalam plastik ya sayang ,I bebaskan you ok. Jom cari mangkuk jom, hahaha, wahai perut,habuanmu sudah tiba. Wahaha!!’  
dah macam orang gila dah,kalau tak dapat makan seminggu macam mana la rupanya ye.
kau ni,nak makan ker tidak ha,tak nak bagi aku, dok buat muka tak puas hati dari tadi.ingat lawa?’
alisa mula membesarkan matanya yang tidak besar, sambil mengeluh kasar,gadis itu sempat lagi bergerak ke peti ais mengambil air  kotak duch lady perisa stoberry , menuang kedalam gelas dan meneguknya hingga habis.’
Memang aku tak puas hati la mas, lepas ni kau teman aku gi balai polis. Aku nak buat report la,baru padan muka dia, huh. menyampah, sakit hati..argh!!’

mastura yang sedang mengupas kulit udang galah sebesar ibu jari itu tersentak,dipandangnya wajah alisa yang berkedut seribu  itu sebelum berkata.
kau biar betul,ha! kok iya pun story la dulu kat aku yang tak tahu apa-apa ni, ha. Ce citer ce citer’.
Alisa mengeluh lagi sebelum mengarahkan otaknya membuat playback tentang kejadian semasa membeli mee udang tadi, yang dirasakan kejadian paling buruk pernah menimpanya..
Woi jantan!”(Muka bengang)
Hah, amboi, cantiknya bahasa, apahal kau betina!?”(Muka blur mula-mula pastu mula berasap jugak)
Owh,buat muka tak bersalah lak,lelaki memang semua sama!pantang Nampak peluang, patut taruk kat planet lain ja lelaki macam awak ni,selamat kami kaum perampuan”. (Kalau zoom, boleh Nampak asap keluar ikut telinga)
Senyap…ada bunyi cengkerik lagi. (Muka bertambah blur)
hei,apa ni ha, merepek apa nie??”
Merepek, owh..merepek ye. Yang awak selamba raba belakang saya tadi, awak kata merepek, hah !! (Dengan mata yang macam nak terkeluar)
Hei, (muka bengang, kalau nyanyi lagu akim bengang konpom sedap) mulut awak yang  langsung tak menarik tu, jaga baik-baik. Orang datang sini balik makan mee udang, awak balik makan kasut nak . Ker helmet Ni, hah??!!
"Ah, sudah gaharu cendana pulak, dah dia yang buat boleh buat-buat tak tahu pulak, lelaki tak guna, muka Nampak baik, pakai cermin mata macam educated sangat. Tu ada zoom apa kat cermin mata tu, senang nak mengendap pompuan, kan kan...”(Dengan selamba gila badak dengan muka yang masih tak puas hati)
Ahah, sudah... ini dah lebih Ni, woi pompuan, kau sakit apa ni sebenarnya, hah? Hei, aku tak ada masa la nak layan kau, aku datang sini nak beli makanan ni, tak hingin nye aku nak meraba punggung kau yang tak lawa tu, regisrer nak jadi model sepender pun konpom kena reject awal-awal tau! Tolong sikit…” (Siku dah bertemu dengan ruas, ambik kau.)
(Memang tersentap ar, ternganga mulut menahan geram, lalu menarik nafas dalam dari teras dalam bumi sebelum sepenuh tenaga dan suara menjerit bagai nak keluar anak tekak)
Tolong, ada orang gila seks kat sini, tolong…!!!
Hei, awak!
_____________
Hahahahuhuhu,haha.aduh.sakit perut eden,haha. Malang sungguh nasib sahabat aku ni, haha
 penat amirul ketawa, matanya yang berair dilap dengan lengan baju. Mohd adam yang duduk memandang tajam amirul, dalam hati memang dah rasa nak telan jer budak tu   ni aku malas nak citer ni, kau agak agak la, ni bukan cerita lawak la, aku tengah bengang nie...ha, nanti pompuan bertuah tu aku tak dapat, kau yang makan helmet kot, nak?!
amirul menghabiskan sisa tawanya,  sebelum bangun berdiri dan duduk kembali atas sofa setelah lama berguling-guling atas lantai marmar mengalahkan  kartun shin shan ”Haha ..ups...Erm.ahem ehem, sory la bro, tapi citer kau bapak punya lawak la. Rugi plak aku tak ikut tadi, kalau aku rakam pun best, antar kat mak kau kat kampong nun yang dok talipun tu, ni la yang mohd adam dok buat kat kuala lumpur ni, meraba punggung perempuan,ahahaha ..”
kau memang kan,sini………”
 Maka terjadilah adegan kejar mengejar antara mereka.Ledak marah adam semakin memuncak apabila jarinya terkepit pintu yang ditutup kuat amirul gara-gara nak selamatkan diri...Kesudahannya, amirul kena denda masak untuk adam sampai jari dia baik sepenuhnya...


...................................................................................................................................


 Alisa mengiring ke kanan, dan ke kiri, dan ke kanan, dan ke kiri kembali sebelum ke kanan. Dan akhirnya gadis itu bangun menggaru kepalanya yang tidak gatal, kelimumur pun tak ada, rejoice kan ada.. Gadis itu terus berdiri dan berjalan menuju ke tingkap sebelum memerhati suasana malam dari apartmentnya yang terletak di tingkat 8. Alisa memandang ke bawah, kalau terjun konpom mati, kalau tak pun koma setahun. Ish, bukan fikir pasal tu lah… alisa mengeluh perlahan. Gadis itu mendongak ke atas pula, mencari-cari bulan yang terselindung di sebalik awan besar yang hitam yang sarat mengandung hujan lebat. Alisa memandang awan itu tajam, focus, seakan-akan wajah sahabatnya mastura terukir di situ membuat playback ceramah yang paling panjang dalam hidupnya mengalahkan ibunya sendiri.
Ya allah, sahabat aku nur alisa batrisya oi, apa kau dah buat ni ha. Abeh tu mamat tu kena belasah la ha?
Tak sempat, dia sempat pecut ngan RXZ dia tu, huh, motor pun dah macam play boy
Ish kau ni, kau tahu tak kau dah buat salah, hah lisa
Arr, salah apa, aku kena raba tau, kau ni kenapa nak back up mamat tu pulak hah
nur alisa batrisya, kau tak boleh tuduh dia suka hati macam tu, mana kau tahu dia salah, mana kau tahu tangan dia yang raba kau hah,kau engat sikit, mee udang pak andak tu kan memang popular gila gaban kat area ni, tiap hari orang berebut nak beli kan, kau engat tak kejadian bulan lepas yang ada orang gaduh pasal engat dompet dia kena curi, sampai polis tolong setel, padahal dompet dia jatuh tepi tayar lori pak andak tu ja, ish ish, pak andak ni pun satu, duit tak cukup lagi ka berniaga dah bertahun-tahun, cari la tapak  yang besar sikit nak berniaga, ini tak nak jugak guna lori uzur tu,ish ish, hah. Berbalik pada masalah kau, kau dah salah tau, kalau memang bukan dia yang buat, kau dah berdosa tau, tak kan ustazah sekolah rendah dengan menengah kau tak ajar yang menfitnah tu dosanya lagi besar daripada membunuh tau, ha ni aku ajarkan kau. Kau bawak la dosa tu sampai mati, Lisa Lisa, tak tau la aku, nak tidor la. Ni hukuman kau, kau basuh pinggan aku ni, kau pikir-pikirkan la apa yang aku cakap ni ye, selamat malam”.
Alisa mengeluh lagi, hujan yang mula turun membasahi bumi kuala lumpur bak tajuk lagu ana rafali mencambahkan lagi benih rasa bersalah yang semakin subur dalam hatinya..what had I done,!!
  
                                      to be continued(hoho,dh lma tringn nk tulis ayat nih)
*maaf la kalau x best ye. suka suki jeee~~

kcingggg!!!!!

~assalamualaikum~
 terasa nak buat satu idea x berapa betul lah
hobi dulu dah datang balik
karang carpen
aaaa, jangan la gelak sampai golek2 pulak
saja2 je pon
 keh, ta ta ta
sila baca kalau tersangat lah rajin dan tak ada kerja yang tertangguh ya
bye~

Friday, 7 December 2012

berat. .

~assalamualaikum~
dulu, aku ada sorang kawan
yang sangat memahami
jujur, dia bukan lagi kawan bagiku
tp seorang sahabat, malahan sudah ku anggap saudara
sayangkan dia, sangat-sangat
masalahku adalah masalahnya
dan masalahnya adalah masalaku
bibir ni tersenyum bila mengingati saat2 itu
tapi kenapa hati ni...terasa berat

masa sebenarnya tak mengubah manusia
manusia itu sendiri yang mengubah dirinya
dan mungkin ini salahku juga
tapi apa?
puas sudah aku memikirkan
puas sudah juga aku memohon kemaafan
tapi...
apa yang berlaku masih belum aku fahami
perasaan macam ni
memang berat
tiap kali kenangan2 itu terlayar di laluan memori ini
hati terasa dihempap entah apa
berat, hanya itu yang dapat ku gambarkan
aku mohon, agar segalanya dapat kembali 
seperti dulu
yang aku tahu sekarang
semua ini berpunca daripada diriku sendiri
tapi apa? ahhh,.. memang berat
aku rindukan saat2 dulu
namun hanya kesedihan yang ku rasa kini
yang aq mampu
menanti agar masa dapat mengubati segalanya
ketahuilah sesuatu
kehilanganmu seakan kehilangan sedikit demi sedikit diriku sendiri
~assalamualaikum~