sweety follower

Monday 7 January 2013

why? why? why?

~Assalamualaikum~
hidup ni 
kena la fair and square
kan?
ada masa, kita senang
ada masanya kita akan susah
ada masa, kita bahagia
ada masanya, kita kena la rasa derita 
ada masa, kita seronok, happy
ada masanya pulak, kita kena la kenal apa tu sedih
macam mana erti kecewa tu
dah pernah rasa?
nangis tak? 
xpe, sebab semua tu hadiah sebenarnya
dari  DIA yang betul-betul sayangkan kita, happy sikit ^^
macam tuan punya jari yang dok menekan-nekan key board ni
bla kita gitau someone
diorng akan ckap
xpe, sabar ye
xpe, sabar ye
xpe , sabar ye
kan? dah xde ayat lain ke hapa ntah?
bosan kan?
sebenarnya, hati kita
kita je lah yang faham
dan tuan sebenar hati kita ni
sebab dia yang ciptakan semua, kan?
orang boleh ckap macam2
konon diorng faham hati kita
mengarut je tu
nak faham apanya sebab bukan diorang yang ada kat tempat kita ni ha
ye dak?
macam yang menaip ni lah
sama je, bagi nasihat je pandai
tapi bila jadik kat diri sendiri
dah mula dah
fikir yang bukan-bukan
terjun tingkap lah, terjun laut lah
*don't try this at home!
just fikir je balik
semua tu bukan salah sesiapa pun
salah diri sendiri ni ha
sapa sruh tak usaha lbih lagi!
sapa sruh banyak main!
sapa sruh tangguh2 keja!
sapa sruh tak banyak doa!
sapa sruh ikutkan sgat nafsu jhat tuh
spa sruh hah? sapa? sapa?
flashback balik dalam2 ya
yang buruk tu memang datang daripada kita
dah tak da orang lain pun kan?
yang baik tu memang sesungguhnya datang daripada DIA yang maha kuasa
tak yah nak cakap lah macam mana perasaan tu kan
rasa macam kena hempap dengan pokok
lemas dalam laut mati
rasa down yang teramat, kan?
n someone ada cakap
"setiap benda tu, pasti ada dugaan, n disebalik dugaan tu
ada hikmahnya", right?
see... bila hati terlampau fikir negative
bnda basic dalam hidup yang macam ni pun dah boleh lupa
ya, it's me. .
something happened
tengah dok mengesat air mata tetiba muncul kat wall 
"bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan
SENYUMLAH dan INGATLAH. .
MANUSIA merancang dengan  CITA-CITA
tapi ALLAH merancang dengan  CINTA"
so, apa lagi nak cakap ni ha?
apa lagi nak complain?
just shut up!
flash back!
n do it again!
sampai berjaya!
*cakap dengan diri sendiri
inyaAllah =)
~assalamualaikum~
 

Saturday 5 January 2013

Just The Way We Are_3



Adam !
Mohd Adam hanya diam, mengeraskan diri dalam selimut mengharap suara yang memanggilnya itu cepat cepat hilang. Namun sangkaannya meleset apabila pintu biliknya dikuak. Masuk amirul tersengeh dan bertukar wajah tiba-tiba melihat dirinya.
 “Woi, kau kenapa nie? Sakit ke berselimut bagai ni.ha?”
Soal Amirul macam peluru. Adam hanya diam ,tak ada ayat yang nak dikeluarakan untuk menjawab soalan itu, nak jawab apa lagi.
“Ish kau ni, aku baru balik kampong 3 hari kau dah macam ni ke,adaoyy..baru 3 hari ni,nanti aku pindah macam mana la rupanye..”
Amirul ketawa kecil namun adam lantas menarik selimutnya.
 “Kau nak pindah?”
Amirul tersenyum penuh makna buat suspen.
“soryla bro, tapi lepas ni kau kena bayar sewa rumah sendiri la..hehe. aku dah bertunang bro..insyaallah lagi 2 bulan jadi laki orang la sahabat kau sorang ni tawu..Hahaha,bahagianya hidup, sory sangat sangat weh, aku pun tak tahu secepat ni . memang aku ada bagi taw kat mak aku yang aku dah bersedia nk kawin, tapi tak tau yang rupa-rupanya mak aku dah siap semua benda. Haha, aku pun terkejut beruk wei, . sory sangat sangat ea, aku memang nk bagi taw kau, tapi tu la.Kelam kabut punya pasal.Lagipun kau ada masyuarat kan sabtu tadi, aku tak nak la kacau kau. Lagipun tunang aku tu dah ada kat sini.nanti bila-bila aku kenalkan ea… Okay lah, panas.nk mandi.Aku nak bagitaw ni ja. Tu yang kelam kabut lari dari tangga tadi..haha, biasa, kau kan sahabat aku dunia akhirat.apa apa hal mesti aku roger kau dulu punya.hehe”.
Adam ketawa besar dan menggenggam erat tangan rakannya sebagai ucapan tahniah.
“Eh jap, ni kau okay ke tak ni ha, aku temankan gi klinik jom?”
Soal Amirul tiba-tiba. Adam bagun tersengeh plastic.
“Aku okay lah, kenapa pulak tak okay, pening sikit je, biasala time keja berlunggok, ni bakal laki orang ni, pi la mandi sana, pi pi.hehe”

Adam memicit-micit bahu Amirul dan menolaknya keluar bilik, Amirul hanya ketawa mengikut langkah. Adam tersengeh memanjang menghantar tubuh sahabatnya berjalan menuju ke biliknya sebelum mengunci tombol pintu dan terjun atas katil
 “Bom.! Bom.! Bom.!.Dush! Dush! Dush! Dush!.Amik kau, amik kau Adam.Amik lagi ni, Dush.! Dush.!..Padan muka kau.. Ya-Allah, kau bantulah aku...Arrrgghhh!!!!” kecewa,perit,sakit, pedih,remuk, ronyok,pecah, berkecai,meletup,hancur,berderai,semuanya..hatinya menjerit menahan bisa yang boleh mengalahkan bisa labah-labah black widow dan tarantula yang boleh membunuh manusia sambil membelasah bantal peluknya yang tidak bersalah.Ah, sekurang-kurangnya manusia itu akan mati, namun bagi Adam, dirinya tak akan mati, namun hanya menggelupur nenahan kesakitan itu untuk entah berapa lama…
____________________________________
So, amacam sabtu tadi, meriah?”
Soal Masturah mengangkat kening. Alisa tertawa kecil.
“Ish kau ni, nak meriah apa nya, bertunang je pun”
Jawab Alisa slumber, sambil melihat-lihat cincin yang bertaburan dalam bekas kaca itu.
“Yela, bertunang pun, hemm. Untungla si Amirul tu kan,bertuah dia” Alisa ketawa lagi.
“Hehe, harusla bertuah, tengok orang la cari macam mana, ehh… dah la, tolong aku pilihkan ni, dah la aku tak pandai sangat bab-bab ni. Mirul pun dah 3 kali call aku Tanya dah siap ke belum, belum masuk mak aku yang kuat membebel tu lagi. Ish, susah jugak nak kawin ni kan, nasib baik sekali je dalam hidup”.
Adam mempercepatkan hayunan langkah kakinya yang terasa kebas tiba-tiba. Dia mahu segera berlalu dari situ, dalam hatinya sumpah dia tak akan menjejakkan kaki ke Times Square itu lagi, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembira dan berbunga-bunganya hatinya tatkala melihat si gadis yang selama ini amat dia rindui. Yang sentiasa menari-nari balet dalam kotak ingatannya sambil tersenyum manis. Betapa lajunnya langkahan kakinya tadi mengejar dan mencari gadis itu dalam keriuhan ramai manusia yang macam anai-anai. Dan senyuman dan kegembiraannya mati apabila melihat gadis itu sedang bergelak ketawa bersama rakan perempuannya di sebuah kedai emas terkemuka Poh Kong. Adam menyumpah-nyumpah kakinya yang bergerak sendiri berselindung di sebalik pokok keladi hiasan yang besar di sebelah kedai itu dan menangkap satiap butir bicara 2 perempuan itu, namun tak lama. Adam segera berlalu tatkala telinganya sudah terlampau panas tadi. Kakinya lemah dan terus terduduk di hujung sudut dinding belakang sebuah restoran. Entah bila kakinya menapak di situ. Adam mengesat pipinya yang tiba-tiba basah.


I would go through all this pain
take a bullet straight through my brain
yes, I would die for ya baby
but you won’t do the same
if my body was on fire, ooh
you’d watch me burn down in flames
you said you loved me you’re liar
cause you never, ever, ever did baby…
but darking I’ll still catch a grenade for ya
throw my hand on a blade for ya (yeah,yeah,yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah,yeah,yeah)
oh,oh
Adam mengusap muka lalu bangun setealah kakinya boleh berdiri semula, lalu bergerak kea rah parking lot. Dia menggelengkan kepala tatkala melihat hadapan, si gadis Alisa yang berjalan tersenyum riang dengan bekas plastic Poh Kong di tangan kanan. Adam sedaya upaya untuk berlari sepantas cheetah tatkala itu, namun rasanya seperti kasutnya seakan terlekat dengan lantai simen itu. Matanya hanya memandang sayu wajah yang amat dirinduinya itu. Seketika, Alisa juga mula keras, melihat Adam dihadapannya. Bibirnya mengukir senyuman, dan Adam masih belum sedar yang senyuman itu lebih ceria dari tadi.
“Awak,Adam kan, emm. Hye!”

Adam sudah kelu, beku, wajahnya seakan mati tanpa reaksi.
“Hye, awak. Saya ni, awak dah lupakan saya ke, hump.Sampai hati awak”

Alisa dah buat muka rajuk , Adam tersenyum tiba-tiba.
“Lupakan awak, dah sebulan lebih, dan awak tetap ada dalam ingatan saya. Tak pernah kurang. Lagi bertambah ada la. Macam mana saya nak lupakan awak kalau macam tu, awak bagi tau saya, ha?”
Adam bersuara, perlahan dan ada sendu yang ditahan dihujung ayat itu. Namun hanya disimpan dalam hatinya yang dah macam nak meletup. Alisa hanya terdiam , dia tertunduk tersenyum lagi, hatinya berbunga-bunga cinta kala itu bagaikan musim bunga di Jepun dah. Warna-warni, namun sekali lagi Adam tidak menyedari akan kehadiran senyuman itu, dalam hati, Adam berishtifar panjang.
“Awak,lupakan apa yang saya cakap tadi, saya mintak maaf”.
Alisa mengangkat muka dengan dahi yang berkerut, baru mulutnya hendak dibuka. Adam sudah memotong.
“Tak, please. Jangan kata apa-apa. Saya mintak maafsangat-sangat.Saya tak patut kata macam tu. Amirul kawan saya, kawan baik yang dah saya anggap macam saudara kandung. Lupakan ea, please… Anyway, tahniah, hujung minggu ni kan. Selamat ya. Assalamualaikum awak, jaga diri ya”.


I would go through all this pain
take a bullet straight through my brain
yes, I would die for ya baby
but you won’t do the same
no, you won’t do the same
you wouldn’t do the same
ooh, you’ll never do the same
no, no, no, no. . .
______________________________________


Wei!”
Adam tersentak, kelihatan amirul sudah mengambil tempat dihadapannya, Adam hanya tersenyum kosong.
 “Kau ok ke?”
Soal Amirul. Adam diam 5 saat.
 “Hahaha, ok jer, apasal kau?”
Amirul menarik nafas lega
“Kalau ok bagusla, bukannya apa.aku tengok sejak 2 menjak ni, semacam diam jer.kau kalau ada masalah bagitau la aku, ya..”
Adam diam lagi, 6 saat.
 “Aku ok ar bro, banyak kerja ja sekarang. Tu ja. Kau tak payah nk risau pasal aku la. Kau tu ha, baju semua dah kemas belum ni, nak aku tolong ker?”
Amirul tertawa kecil
“Siap dah semua, kau tu ha, weh. Kau risau ea aku kawin nanti  tak da sapa nak teman kau, kau risau kau rindu aku ke hah?”
Adam dah angkat 2 belah kening tengok Amirul yang tersengeh.
“Gila kau, ingat aku sepsis tu ke hah?” Amirul ketawa lagi.
“Haha, tak ada lah, emm, weh Tanya sikit ni, boleh?”
Amirul membuka mulut lagi bila Adam mengangguk.
“ Arr, ingat tak 2 bulan lepas tu bukan main seronok kau cerita kat aku. Ingat tak, perempuan tu...macam mana? Emm, aku agak je la kan, sebab aku rasa mesti dia pun ada kena mengena kenapa kau jadi macam ni. Kau tak jumpa dia lagi ke?”
 Adam tersentak, memandang amirul yang menanti jawapan.
“hmmm, dah jumpa dah..tapi. . .”
Amirul masih menanti dengan mata yang berkelip-kelip.
“. . .dia dah nak kawin , biarlah.tak kan aku nak potong line kot. Biarlah kat dia, orang yang aku sayang, first love aku, bahagia.”
Amirul hanya diam, kini dia faham mengapa Adam berubah sehingga sebegitu rupa, dia menggenggam bahu adam sebagai sokongan daripada seorang sahabat.  Dan malam itu sekali lagi pipinya basah, makin basah bila Amirul memeluknya yang cuba untuk menenangkan dirinya macam tenangkan baby 3 bulan yang menangis kelaparan...Adam rasa macam nak tumbuk,tendang, tarik telinga amirul dan ikat dekat tiang buat penyidai, marah dan geram menguasai dirinya kerana Amirul akan berkahwin hujung minggu ni dengan perempuan yang selama ini menguasai mindanya, namun nasib baik dia masih waras. Melihatkan amirul benar-benar risaukan dirinya...Amirul tetap seorang rakan, seoang sahabat baik dan yang paling terbaik pernah ditemuinya.
_____________________________________________________




Adam meraup wajahnya beberapa kali. Memandang keluar tingkap, suasana yang
 amat meriah, ada kanak-kanak, orang tua, muda.dan semuanya gembira, senyuman
manis tak lekang di bibir. Adam mengeluh panjang lalu menapak keluar kereta, memang meriah.Dari jauh adam sudah boleh meneka kaler unggu yang menjadi tema majlis itu, kerana kebanyakan tetamu yang hadir memakai baju ungu, termasuk dirinya, juga dari jauh dia dapat melihat pelamin yang turut dihias indah, juga unggu.

mestilah lawa, dia pakai kaler unggu tau”
“arr, apa kaitan unggu tu dengan kecantikan pulak?”
“sebab, kaler unggu tu cantik, so kesimpulannya, semua orang akan nampak cantik.Dan jugak,sebenarnya saya sukakan unggu.Hehe.cantik kan ungu.”

Adam tersentak, lantas berishtifar panjang, namun apabila kakinya menapak selangkah, tanah seakan bergegar. Membuatkan adam pantas berpaling mangira-ngira hendak kembali ke kereta.
“Adam!!!”
 Langkahnya terhenti. Amirul yang dah lengkap berbaju pengantin itu berlari-lari anak dengan muka serius.Adam perlahan berpaling dan memang terkejut melihat muka amirul yang tegas.
“Kau apahal?.Aku call daripada malam tadi  tak angkat ha? Aku mesej pun tak balas.ha?!!”
Tinggi suara amirul membuatkan Adam tersentak.Dan ada ramai yang mula memandang melihat pengantin dah macam lagak nak cari gaduh.
 “Aku… Entah. phone aku hilang.mana pun aku tak tahu.”
Jelasnya perlahan, amirul ketawa kecil tiba-tiba.
“ Aku ingat kau dah tak nak datang. Maklumlah, kau dah kecewa habis dengan Alisa kan. Datang jugak kau rupanya.Thanks bro.Kau nak jumpa Alisa ker, aku panggilkan dia.Tengah sembang je tadi pon”
 Adam terdiam tak tahu nak cakap apa, Amirul dah tahu,habis, namun hatinya memang panas apabila melihat senyuman seolah-olah menyindir yang terukir di bibir Amirul.Haruslah menyindir, Adam telah kalah. Hatinya mula mendidih 86 darjah.Dadanya sesak macam tersepit celah pokok mangga di kampungnya yang besarnya 2 pemeluk dewasa. Amirul ketawa kecil melihat Adam diam macam orang kalah main judi.
 “Alisa yang bagitau aku.”
Adam diam lagi.Dan sekarang jantungnya rasa macam dah penuh terlebih muatan.Bila-bila saja boleh meletup, dia memandang Amirul yang ketawa tak henti dah bertukar rupa macam bantal peluk di rumahnya tempat dia melepaskan geram yang meraja di hati. Tanpa sedar Adam bergerak pantas 3 langkah lau menarik  ke atas kolar baju pengantin yang dipakai Amirul membuatkannya terdiam, badanya yang ternyata lebih rendah daripada Adam ternaik ke atas sedikit. Dan dikala itu lebih ramai mata yang memandang, malah ada yang mula berlari bergerak ke arah mereka. Wajah risau dan takut terpamer di wajah masing-masing, mungkinkah pengantin lelaki akan dibelasah sampai jadi ganti masak kicap daging yang semakin nak habis?..ish, suspen la pulak..
“Kau kawan aku, sahabat aku.Aku tak nak gaduh dengan kau. Kau jaga Lisa baik-baik. .”
Dan adam melepaskan genggaman tangannya tadi. Amirul tersentak dan Adam berpaling melangkah perlahan ke kereta dengan tangan yang masih terketar ketar menahan geram.
 “Ya-allah budak nie, loading slow, ni betul-betul tak ada connection ni .Woi adam, woi, tunggu jap!”
Adam menghentikan langkah dan Amirul sudah mendapatkan tangannya lalu mengheretnya ke suatu tempat tanpa sempat lelaki itu berkata apa-apa. Mereka berhenti di tengah panas dekat dengan jalan raya. Adam pantas menarik tangannya kembali kasar. Dia ingin berkata lagi namun di halang amirul, tanggannya memegang bahu adam.
 “woi lembap, kau tengok atas tu.”
Suara amirul lalu menolak kepala sahabatnya ke atas. Adam mendongak, matanya membesar dan berkelip-kelip macam Upin Ipin nampak ayam golek. Baner perkahwinan yang tergantung di antara 2 pokok kelapa itu membuatkan lidahnya beku macam kena rendam dalam laut antartika. Amirul ketawa lagi, mengambil kad perkahwinan  dari dalam dari dalam kocek bajunya dan mengetuk ngetuk kepala sahabatnya itu.
 “Amik ni, amik ni..Padan muka kau. Aku bagi kad ni bulan lepas lagi, bukan reti nak tengok kan.ha, amik ni...”
Adam tidak lagi marah, dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dengan muka kehairanan macam baru bangun tidur. Dia mengambil kad perkahwinan amirul yang memang tidak pernah dibukanya sejak bulan lepas. Dia membuka kad itu lalu menyamakan tulisan dan gambar di dalamnya dengan bener perkahwinan itu...

>“AMIRUL &  AMANDA”<.
 Adam menelan air liur yang terasa macam ketul ais…
 “ Ta..tapi.. gambar desktop laptop kau..a..aku tengok bulan lepas.. gam..gambar. .”
Amirul tertawa lagi melihat Adam yang betul kehairanan. Amirul menolak kepala Adam berpaling ke kanan, kelihatan ada dua orang gadis berjalan perlahan ke arah mereka. Adam membulatkan matanya lagi macam nak terkeluar. Alisa! Gadis  itu melangkah tersenyum ke arahnya. Adam pun tersenyum, namun hairan lagi melihat Alisa hanya memakai baju kurung  biasa, sebaliknya gadis disebelahnya yang memakai lengkap sut pengantin berwarna unggu, gadis itu perlahan melangkah ke arah mereka lalu mesra memeluk lengan kanan amirul yang tersenyum lebar.
“ Wei bro, harap je sekolah tinggi,kau pernah tak dengar ayat pepatah melayu malu bertanya sesat jalan.hah!. Ni ha isteri aku, Amanda. Ni tengok sini, dan tu...tu sana tu, tengok sana pulak.Alisa...adik aku. A.d.i.k tau, adik kandung, aku memang rapat dengan dia pun, dah kitaorang dua beradik ja. Ish kau ni, kan aku pernah cerita.”
Adam mengelip-ngelip mata lagi,
 “Ta.tapi adik kau bukan isya ke.kan.kau bagitau aku dulu..”
Amirul sekali lagi ketawa. Tangannya memanggil Alisa rapat dengan mereka.
 “Isya, nama aku panggil dia. Nama penuh dia. Nur batrisya alisa.Kau dengar tak, Nur Batrisya Alisa…Aduhai la kawan kau nie, nasib baik Isya ada tertengok gambar kau dalam beg aku malam tadi. Dia dah cerita semua. Adoyai la adam woi..amik ni.dush dush!!”
Suara amirul ketawa menumbuk numbuk bahu rakannya. Adam turut sama ketawa. Lalu memeluk Amirul erat.Alisa dan Amanda turut katawa melihat telatah 2 sahabat itu.
 “Abang Mirul..uhuk uhuk.abangku sayang..”         
“ Woi!!”
 Pantas Amirul menolak tubuh Adam.
 “Cakap baik sikit, amboi…Dah hilang la marah kau tu,tu adik aku tu,tanya dulu. Mak ayah aku tu ada kat dalam.”
Adam hanya tersenyum lalu mamandang Alisa yang yang terkejut melihat dia tiba-tiba menapak menghampirinya.
“ Awak, kalau la saya tahu yang awak ni adik amirul dari dulu, tak payah saya nak jadi separuh gila macam ni..”
 Memang dah gila 100% pon”.  Amirul memotong laju dan ketawa lagi…

…hee, sikit la.sekarang saya dah tak sanggup lagi hidup macam ni.Awak, please, saya sukakan awak, sayangkan awak, cintakan awak, dari first time kita jumpa lagi...Saya rindukan awak.sangat-sangat, tolong jangan siksa saya lagi ya...Jadi isteri saya yang sah, jadi peneman hidup saya sampai saya mati. Jadi kekasih awal dan akhir saya, jadi ibu pada anak-anak saya.ya...saya cintakan awak.sayang sangat kat awak.Ya.”
Alisa dah ternganga terkejut beruk melihat Adam yang tiba-tiba melutut di atas tanah merah yang lembut agak berlumpur akibat hujan lebat semalam.Habis kotor seluar jeans yang dibelinya di tesco semasa jualan murah hujung tahun lepas. Dan Amirul hanya menepuk dahi, ketawa berdekah-dekah sehingga tertinggung.
 “Woi abang sayang, bagi ar sokongan sikit!!”
Marah Adam melihat Amirul begitu, huh. Huduh  betul tengok pengantin gelak macam orang gila sampai tertinggung macam tu..
“Haha, adoi la Adam woi.Malu aku wei dapat kawan macam kau .Senak perut aku la, ha..ha.. ni Isya, kau terima je lah kawan kesayangan along yang mereng sorang ni.Bukannya apa, along takut nanti dia meraung lagi, macam budak kecik..haha..macam orang gila meroyan mati anak.Adoi la Adam woi.haha..”
Adam pantas bangun manarik seluar amirul sehingga turut terduduk di tanah lembap itu.Dan mereka bergusti-gusti ala ala manja sampai keduanya kotor dah macam kerbau gusti dalam parit yang singkat..Huduh benor rupanya.Habis kotor baju pengantin dipenuhi kotoran degil, entah macam mana nak basuh pun tak tahu, ni guna breez pun tak tentu boleh hilang ni.Alisa dan Amanda hanya ketawa melihat dua sahabat itu. Dari belakang berjalan pantas seorang wanita 5o-an dan seoang lelaki 60-an sambil bercekak pinggang.
Ya-Allah penganti ooi, ni kenapa pulak la Ya-Allah oi, lah…Adam rupanya.Ni  dah kenapa nie” Suara lantang Makcik Zaiton, ibu Amirul. Dan Pakcik Hamdan ayah Amirul hanya menggeleng kepala.
“Mirul ni makcik”.
“Aku pulak, ni ha mak.Bakal menantu mak sorang ni ha”..
Adam sudah terdiam tak ada ayat nak balas, dia hanya tersenyum sumbing ke arah dua orang tua itu yang kehairanan.Lalu ke wajah Alisa yang hanya tersenyum tersipu-sipu malu, haila badan...’Untung kau’. Adam mengenyit sebelah matanya kepada Alisa. “Dush!” 
“Aku nampak tu”  
Adam memegang kepalanya sakit ditumbuk Amirul lagi.

___________THE END___________^_^