sweety follower

Friday 8 March 2013

randomly

~Assalamualaikum~
something happened, lately ni yang mana tak pernah terjadi
lalu terwujudlah satu rasa yang memang tak pernah hadir sebelum ni
rasa yang lagi pedih daripada dihiris pisau
rasa yang lagi geram daripada geram kat nyamuk
sedih yang teruk sampai rasa tak mahu jumpa sesiapa pun
kadang-kadang rasa diri macam orang gila, depan semua orang
boleh tersenyum bahagia 
tapi dalam hati, ya.hati tu sampai dah nak remuk
serabut..semuanya serabut
banyak sangat mulut yang berbicara
dan aku tahu, aku ingat satu benda, satu pesanan seorang sahabat
'anything can happened shue' thanks =)
dan 'jangan percayakan seseoarang tu 100 %
dan jangan serahkan hati tu kat dia sepenuhnya ' =) thanks
aku tahu tu, dan aku cuba, cuba untuk tak sepenuhnya mempercayai
tapi aku sering gagal, sebab aku akan menangis lagi
aku pun cuba untuk tak serahkan kepingan ni sepenuhnya, 
pun aku sering gagal, sebab aku akan rasa kecewa lagi, remuk lagi

tapi aku juga tahu, yang aku harus mencuba lagi
mencuba untuk keraskan hati
tak siapa tahu masa depan
malam tadi tidur dengan persoalan 
sampai mimpi yang bukan-bukan, alarm berdering byk kali pun tak sedar
bukak mata terasa nk bukak FB, haha. teknologi dihujung jari betul
1 senyuman terukir tengok balasan dari sahabat
1 senyuman lagi terukir tengok yang atas ni =)
sama macam yang sahabat2 sejati ni cakap, thanks korang =)
ada lagiii....
see, *senyum lagi
cakap kat hati, silalah kuat
seseungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang =)
and 1 more. .
sentap! hambik kau
sebab tu kadang-kadang sedih dengan diri sendiri
sebab air mata ni dibazirkan untuk manusia yang bukan sesiapa
yang bukan pasti akan jadi hak milik kita
keraskan hati
kuatkan iman
pandang ke hadapan
apa yang berlaku semalam-sejarah
yang berlaku hari ni-redah je
yang berlaku esok-sambut dengan senyuman
jangan hidup untuk sejarah semalam
jangan hidup untuk benda yang tak pasti esok
hidup untuk hari ni, sebab mungkin hari esok tu tak kan ada lagi
*senyum lebar-lebar :'D

~Assalamualaikum~

Friday 1 March 2013

judgemental

~assalamualaikum~
manusia ni. . . ada macam-macam jenis 
macam-macam perangai
jangan pernah fikir kita dah kenal dengan someone tu
selagi kita belom kenal dia sepenuhnya
jangan judge someone tu
selagi kita belom faham siapa dia
kadang-kadang kita nampak dia tu
perfect! terlampau baik daripada atas sampailah bawah
tapi nanti . bila kita dapat tahu benda yang sebenarnya
siapa dia sebenarnya . kita akan rasa macam
errr, jadi selama ni dia tu hipokrit ke??? 
soalan macam tu akan timbul menari-nari atas kepala
tak. dia tak hipokrit sebenarnya
just kita tak tahu siapa dia sebenarnya
sebab kita belom nampak, belom tahu sebenarnya
or ada something yang merubah dia
menjadikan dia bukan lagi macam orang yag kita PerNAh kenal dulu
entahla. dalam kepala sekarang ni
ada macam-macam persoalan
yang bila difikir-fikirkan balik
rasa nak basah lagi mata ni
tapi cukupla tu
asalkan mereka bahagia
buatlah walau dengan apa cara pon
cukup la tu
walaupun dalam hati
rasa macam nak lari jauh-jauh
dah tak nak jumpa semua orang
tapi tahu semua tu tak mungkin
so nak buat apa sekarang
duduk diam-diam
ikhlas kan hati. redha
susah..sebut je senang IKHLAS ~ REDHA
tapi nak buatnya... berhari-hari pun tak pas lagi ha
sebab selagi kita tak ikhlas. x redha
kita tak akan bahagia . sampai bila-bila
tak nak la macam tu. siapa yang x nak bahagia
siapa yang selamanya nak hidup dalam ketidak tenangan macam ni 
*apa aku taip ni -_-
sekadar nak meluahkan perasaan
terima kasih kepada yang membaca
walaupun mesti akan timbul persoalan
*apa kes ntah budak ni.?
haha.. kan. . .
xpe, hanya diri ini 
dah Allah yang tahu. cukup =')
~assalamualaikum~