~Assalamualaikum~
Haishh,. Sangat malas
sungguh tuan punya jari ni kan
dah berapa lama ni, baru nak up date
sebab tak ada benda nak cerita ha
ni baru ada. Hehe
cuti mid sem sekarang ni, minggu lepas sebenarnya
sekarang ni sedang ber ‘SBE’ ha
tau tak apa kebendanya tuh
SBE= school based experience. Or. .
PBS= pengalaman berasaskan sekolah. –sama la 2, 2 tu ha
5 days~And yesterday was
my first day ^_^ * baru hari ni nk update.ups!
nak share ni, semalam sangat lah bosan, dan menyedihkan, dan kesepian,
dan kesunyian, dan kesengsaraan, dan…ahhhh
Tepat 7.10 pagi, dah
terpacak depan office, too bad tak bukak lagi, so tunggu kat tangga, sembang2
kejap dengan cikgu2 sana, jugak dgn cikgu2 lama dulu, tak sangka ada yang kenal
lagi >_<
pukul berapa entah pk hem datang bawak kunci, ok2. Take note, kunci office pk
hem yang pegang ha
motifnya ni, nak jumpak guru besar, siap sedia untuk melapor diri. Then dia pon
sampai, tapi dia suruh tunggu lepas perhimpunan, ai aiy sir!
Forgot to mention, I am alone, yup… for this five day, a.l.o.n.e
teringin nk join cikgu2 masa perhimpunan tu, buat gedik cakap nak dok
sebelah ha, ops, tempat orang… dan ditunjuknya kerusi plastic merah tepi pk hem
barisan depan sekali yang memang kosong.
Errr, haha. Yup… I sit on that chair, yang betul2 berdepan dengan semua 551
orang pelajar yang sangat lah comel dan kecik kecik… suddenly, something
happened, 2 orang pelajar jatuh menyembah bumi, kesian sangat2. Sebab tak makan
kot, so dengan otomatiknya topic kepentingan sarapan di highlight kan pada pagi
tu..
sarapan tau !!!
Selesai perhimpunan, g
mengadap guru besar, ada la jugak setengah jam dok tercongok dalam office tu
tunggu, sebab guru besar g padang tengok peralatan sukan apa ntah. Cikgu2 yang
lalu lalang tegur dengan ramah.nampak cikgu anuar lalu, cikgu masa darjah 6
dulu. malas nak tegur sebab ingat dia dah lupa, senyum je lah. Sekali dia
kenal, haha. Kantoi… tapi gembiranya sangat teramat lah.
dia boleh Tanya, ‘kenal dak cikgu azumi’?
apa la tak kenal ha, cikgu azumi tu uuooollss, cikgu paling femes kat skola ni
dulu, sebab hensem *agaknya la, so iyakan je la
dan cikgu anuar gelak * cikgu ni dulu x hensem mana, tapi sekarang nampak lebih
menarik, haha
‘habisla
cikgu azumi tu, bekas student sendiri pon nak ngorat, tadi dia cakap apa tau
kat saya masa perhimpunan, nak berkenalan ngan kamu’.
ha.ha.ha. gelak je lah… info kaki-cikgu azumi dah kahwin dengan cikgu
syuhada dulu *obviously not me -_-, and dah ada 2 orang cahaya mata..ooo
cikguuu, boleh tahan lagi ehh
Habis lapor diri, jumpa pk
hem, pk 1. Kaki pon start bergerak cari hala tujuan, dengan name tag yang
melekat ni, semua student panggil cikgu..hehe seronoknya rasaa
Cikgu…
selamat pagi cikgu…assalamualaikum cikgu…morning teacher… tumpang lalu cikgu…hi
kakak *haha
comel…assalamualaikum ustazah… *opss
terpaku kejap kat tepi koridor, haha.. macam2 lah bebudak ni, comel jerr
>_<
Dah start rasa, boring -_-
seronok gila dapat on9 sebab sekola tu
ada wifi, tapi tengok kawan2 lain post gamba dengan status, diaorang masuk
kelas, ganti cikgu yang tak hadir..arrrr, nak
jugakkk!!!!
jeles! Jeles! Jelesss!!!!
sabar je lah, dengan harapan masa cepat berlalu, g pustakaan kejap, buat
tinjauan. On9 lah diri ini di sudut guru , jeng..haha
cikgu hot 9 tahun dulu masuk dan duduk kat kusyen yang sorang tu kat tepi. Tak
kan nak buat derk, tegur lah. . lama la pulak sembang ha, cikgu ni dah tak
hensem macam dulu, korang boleh imagine tak kalau sy cakap dulu cikgu
ni kulit putih, bibir merah, mata cantik, tinggi tak sangat pon, ala2 tinggi
Ally iskandar ha, dia orang seremban, so ada pelat nogori la sikit, rambut dia
perm sikit, ada taik lalat tepi mata. Haaaa, macam mana la dia tak digelar
cikgu paling femes 9 tahun dulu ha. Tapi ulang suara, ‘9
tahun dulu’ haha
sekarang dia dah gelap sikit sebab jadi cikgu pj ja, hari2 dok kat padang,
badan pon dah tembam sikit sebab keja dia sekarang ngadap computer key in data
hari2, Khamis dengan jumaat tak ada kelas, so datang sekola untuk key in data
sikit2 dengan makan je. . haigoooo o_O *tapi mata dia masih cantik, seriously!
datang sorang cikgu prempuan duduk depan, lega la sikit. At least, tak la
berdua je ha. Sembang2 sambil cikgu2 yang lalu lalang tepi tinggak dok usik,
haishh..apakah, diaorang cakap, nama dah sama, beza h dengan y ja.. ha.ha.ha.
aku gelak takda reaksi, ‘panggil shue je boleh?’ . . .ahh, tensiong gak aku
cikgu sorang ni, so aq pon undur diri dengan alasan nak ronda2
I wish…I wish… I wish… I am not alone
!!!
Merayau lah diri ni ke
makmal ICT, kantin, pejabat, duduk tepi koridor, naik turun tangga, dan g kantin
balik. Nampak tak kat situ, betapa bosan dan sunyi nya hidup sorang-sorang
macam ni.
then, kembali pulak ke library sebab nak tengok pukul berapa, sebab henfon dah
mati habis battery, duduk2 situ kejap bebudak 6m masuk, haha..ni baru tak
bosan. Aku panggil diaorang duduk sekali, sembang2..diorang cari buku then
suruh aku explain balik. Baru best ha, tapi kejap je. Loceng pon bunyi, aku pon
happy gila sebab boleh pon balik.huh
On the way nak g sain nama
kat office, selisih dengan bebudak darjah 4 rasanya nak balik. Diorang cakap
assalamualaikum cikgu dan hulur tangan, alahaaii…seriously rasa nak nangis,
sob2.haha
diaorang sangat comel tau, boleh pulak buat barisan sebab nak salam tengah2
jalan koridor tu. Hati yang bosan sepagian kat situ dah terubat… terima
kasih ^_^
Hari-2 ni, rasa macam tak
mo datang, seriously… aku nak masok kelas, ganti cikgu… kenapa la cikgu2 sekola
ni sangat rajin hari2 datang, skip la sekejap bagi chance haaa. Tapi
mengenangkan muka bebudak comel yang panggil
cikgu tu. Tak boley tak boley . kana g jugak.hehe :D
~Assalamualaikum~