sweety follower

Sunday, 30 September 2012

deng~amik kau!


assalamualaikum :)
saja nak share lagi 1 benda kat sini
sebelum tu, nak ucap terima kasih kepada sapa2 yang sudi baca belog nii
hehe, ada jugak rupanya yang sudi, ingat tak ada.huhuu XD
ok, sebenarnya nak tanya something~
apa benda yang paling memalukan bagi seorang perempuan?
jawapan?
mesti macam-macam kan, depends on seseorang perempuan tu
tapi bagi aku, benda yang paling memalukan setakat ni
bila ditegur mengenai aurat oleh lelaki
arghhhh!! tak dapat digambarkan tau tak perasaan tu, malunyaaaaaa
rasa tak nak jumpa lagi lelaki tu sampai bila-bila
coz that, cuba sedaya upaya untuk elakkan diri dari jumpa dia
tapi macam mana pun, mesti akan terserempak jugak
malu, ya! serius malu sangat
masuk kali ni dah 3 kali,. arrrrrrr!
tapi apa pun, sebenarnya nak ucapkan terima kasih kat dia tu
terima kasih sebab dalam banyak-banyak lelaki yang aku jumpa selama hidup ni
selain daripada abah dan abang, dialah lelaki first tegur aku pasal benda ni
dan kadang-kadang macam dah kena marah pun ada,  ok scary sebenarnya :(
why thank to you?
sebab, disebabkan teguran-teguran tu, sekarang aku dah lebih berhati-hati


aku dah cuba sedaya upanya menjaga aurat aku
perhatikan diri banyak kali sebelum keluar pergi mana-mana
dan terasa berat sangat dosa kalau dedahkan aurat
dah tu bagi orang lelaki tengok, buat diorang dah berdosa, zina mata tuu,kan?
'yela tu, banyakla terlupa. aku ni yang tertengok, apa-apa pun, aku dapat dosa jugak tau, ye kat sini boleh la cakap macam tu, nanti kat sana. ha, nak jawap apa, nak bagi alasan apa?'
ok, aku memang tak boleh lupa ayat tu sampai bila-bila. seriously takut, terdiam tanpa kata bila kena marah macam tu,. whuuu
sebenarnya nak cakap kat kau... terima kasih.terima kasih banyak-banyak
tapi tak terluah kat depan, sebab maluuu.uhuu


ok done, hehe..
so kepada sahabat-sahabat yang membaca kisah ni
jangan sesekali dedahkan aurat korang kat kaum adam tau


ye. kadang-kadang tu kita tak sedar kan
tapi itu lah, kalu dah kena tegur macam niii
berhati-hatilah, ye. walau pun setakat tak pakai sarung kaki, aurat tuu
walaupun terselak lengan baju sikit je nampak atas pergelangan tangan, aurat tuu
walaupun nampak anak rambut sikit, aurat tuu

ye para sahabat
assalamualaikum :))

Saturday, 29 September 2012

hari istimewa :')

Assalamualaikum :)
trasa lama x isi ruang bisu ni, so terasa nak share something yg istimewa
hari usrah yg indah
bila assignment byk yg dh antar, nafas pn dah bleh dtarik lega
trsenyum je bila smpai kt cyberjaya lake view tu
satu prasaan yg jarangya nk rasa, 'tenang'
setenang air tasik tu yg beralun
nmpak x ketenangan yg trpncar disitu, dan jgk
for the first time, gmbar ni tnpa apa2 bdak, wahaha
klo zoom muka sgt truk, mulut pucat sbb x pkai lip ice x_x
nk djadikan crita, kak usrah tu suruh ktorng bt 1 sajak smbil mnghirup udra sgar tnpa asap2 kt luar
maka trhasillah dari kami MARIAM (shue, insyirah, aira)

derapan langkahan kaki yang mengatur langkah
membelah sunyi kekabus pagi
termenung sejenak
seisi alam, ku rakam dengan kerdipan mata
ruangan angkasa yang indah bercahaya
tenangnya alunan air itu
dedaun hijau yang tersenyum melambai
deruan siulan angin yang menyapa
tersentak aku terdiam
terhapus khayalan
memori yang berceramuk semalam kembali ku kutip
perlahan berputar kembali
selama putaran waktu berdetik
aku berlari, cuba menggapai mimpi itu
yang ku sangkakan akan menjadi nyata
tak ku peduli walau cahanya samar
tak ku peduli walau onak yang terpaksa ku pijak
mimpi itu, yang belum pasti
namun, entah kenapa mata ini seakan buta
obsesi mengejar mimpi yang tidak akan nyata
sendirian lagi aku disini
terkapai-kapai lagi aku dilaut itu
masih mencari satu kepastian
dan, tatkala terasa diri ini hampir temggelam
senyuman itu datang
dan ku sambut tangan-tangan itu yang terpancar keikhlasan
sungguh
andai kebahagian itu dapat ku tahan
ingin sekali ku pohon lanjutan
alagkah indahnya nikmatmu tuhan
pada diri ini yang sentiasa kealpaan mencari manisnya iman
:)

alhamdulillah, dapat peluang yang xkan datang 2 kali mcam ni
bru jejak kaki msok hostel
dh rindu sgt2 tempat ni
selamat malam
assalamualaikum :)

Tuesday, 11 September 2012

procrastination bla bla bla

Assalamualaikum dan selamat pagi
procrastination?
mengikut sumber kamus bebas, procrastination mean "menunda atau melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan ataupun aktiviti disebabkan kecuaian dan kemalasan"
ops, bukan kemalasan okey, tetapi kesibukan yang teramat ^^,
anda pernah melakukannya?
tidak pernah?
booooo, sia sia je jadi muda remaja.lalala~
melambat-lambatkan kerja memang tak patot, tapi kenapa kenapa kenapa
procrastination can be most "student's best friend"
ok, siapa yang belum tahu bagaimanakah caranya, here some tips for you >_<
  • catata semua nota yang diperlukan untuk assignemnt.
  • jangan lupa buat sticky note due date untuk tak lupa, lekat di tempat yang sering dilihat.
  • buat kerja lain dulu yang langsung tak ada kaitan dengan assignemnt.
  • habiskan tengok Favorited movie, menyanyi, menari, berjoging.
  • tidur secukupnya, lebih2 pun tak pe.
  • makan dan bersembang juga bergosip dengan suka ria.
  •  
  • ok, due date dah dekat, gelabah sikit.
  • relax balik, movie banyak lagi nak layan.
  • due date bsok pagi.jeng jeng jeng.
  • start cari bahan.
  • jangan makan, nanti tak sempat.
  • jangan tido, nanti tak sempat.
  • jangan rehat, nanti tak sempat.
  • cuba siapkan dengan bersusah payah.
  • pastikan otak rasa sangat serabut, mata lebam sebab tak tido.
  • sakit/pening kepala sebab over doss nescafe.
  • rasa nak muntah ink.
  • tegok video lelaki yang comel dan cool ni dengan rasa senang hati.
 
best kan procrastination ^_^
selamat mencuba >_<
 


Sunday, 12 August 2012

confession :)

"seorang lelaki itu adalah dilarang menyentuh seorang perempuan
termasuklah hatinya" - imam al-bukhari

cinta tak salah, cinta tak pernah salah, manusia yang membuatkannya salah
cinta itu suci, terlampau suci, manusi yang membuatkannya kotor
cinta itu indah, yang sukar digambarkan dengan kata-kata, manusia juga yang membuatkannya seperti bencana
kenapa salahkan cinta jika hati yang terpaksa merana kecewa?
sedangkan kamulah yang membuatkanya begitu
kenapa harus cintakan manusia hingga lupa tanggungjawabmu?
kenapa harus cintakan manusia hingga lupa asal-usulmu?
kenapa harus cintakan manusia hingga lupa apa tujuan cinta itu diciptakan?
~cinta bukalah kata-kata murah dan lumrah yang diucapkan mulut ke mulut 
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilainya~
tetiba entry ni agak jiwang dan boring, tapi hari ni ini yang hati ini rasakan

 Andainya dapat engkau mendengarkan,
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
namun entah bila hari itu akan menjelma, biarkan saja hari hari berlalu, namun diri ini tetap disini, menantika hati itu yang entah bila dan tiada siapa tahu

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
but, i don't understand our relationship, sometime we are friends, sometime we are more than friend, and sometime i'm just a stranger for you.

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
jika benar hatimu dapat merasakan apa yang hati ini rasakan, dan jika bukan juga.tiada apa lagi yang ingin ku minta melainkan pengakuanmu. agar segalanya jelas, izinkan aku mengecapi ketenangan itu :')
yang entah bila

Sunday, 29 July 2012

5 second :')

assalamualaikum and salam sejahtera
juga salam ramadhan yang ke-10. alhamdulillah :)
ada benda yang tetiba jari ni tergedik-gedik nak share kat laman bisu ni
mulakan ea? hehe.. bismillahhirrahmani rahim...
al-kisahnya disebabkan sifat malas yang sering menguasai minda dan jiwa. maka assignment yang sepatutnya dihantar sebelum 12 malam ni baru dibuat malam tadi.. huuu. *dilarang mengikut sikap ini ya
maka berjagalah diri ini sepanjag malam menyiapkan tugasan tersebut yang susah lagi payah
ditemani oleh bacaan surah Al-Baqarah oleh Abdul Rahman Al Sudais yang mendayu-dayu berlagu ditelinga yang baru ja di download. heee.. kasi semangat sikit kan buat assignment. fokus2!!
mata yang segar bugar sebab minum nescafe bulat je tgok skrin dengan jari yang menari-nari atas keypad entah taip apa. masa yang berlalu memang tak sedar langsung sampai la tengok jam bawah dekstop ni. dah semakin hampir ke waktu sahur.. dalam pkul 4 rasanya pagi tadi
memang tak tdur la nampaknya ni, part time jadi zombie lagi la malam ni
sedang mata fokus ke skrin laptop, jari asyik menaip entah apa, telinga berlagu Al Baqarah yang merdu lagi mengasyikkan, hidung pulak terbau sesuatu. wangi !! okey fine
mata dah tak fokus kat skrin, jari dah berhenti menari tetiba. telinga je masih sayu-sayu mendengar bacaan merdu itu. jantung dah mula berdegup 2 kali lebih laju daripada biasa, tubuh rasa panas sekejap tiba-tiba. . 1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 5 saat.. hilang...huh! Allah yang maha besar
bau tu . . . wangian tu . . . wangi . . . dan sesunggunya aku kenal akannya.
mana mungkin dilupakan, bau wangian yang amat arwah kakna suka! sangat-sangat!!!
sesungguhnya Allah maha besar, Dia yang maha mengetahui, lagi maha bijaksana

seakan melintas secepat kilat dari arah belakang.
head fon dilonggarkan, kepala dipaling kiri, kanan, belakang. kosong! hanya kain langsir yang bergerak-gerak ditiup angin daripada kipas dinding. roomate yang lena tidur dengan comel memeluk bantal kesayangan, tingkap yang terkunci rapat, pintu yang dah terkunci. kosong . . .
otak dah start buat playback,. wajah itu, tubuh itu, kerinduan tiba-tiba menusuk kalbu ini
seram!! takut!! agakla,. namun, kata-kata abah masa kecik-kecik dulu rasa macam kaset yang ditekan play banyak kali "roh-roh orang mati akan bangun daripada kubur dan melawat rumah-rumah mereka, keluarga mereka" sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segalanya yang berlaku
nafas panjang di tarik lama dan dilepas perlahan. otak cuba dikosongkan. head fon dipakai balik, dan assignment diteruskan, Surah Al Baqarah yang di pause di tekan play balik . . .
jika benar itu arwah kakna.. mungkin sekadar hendak melawat adiknya. kan?
jika kakna dapat mendengar sekarang...
kakcik sangat rindukan kakna. sangat2
tak dapat bayangkan macam mana raya tahun ni
raya ke dua tanpa mendengar suara kakna
tanpa melihat kakna..
ya-allah, kau tempatkan lah kakna ke dalam golongan-golongan hambamu yang beriman~
sesungguhnya aku amat sayangkannya dan merinduinya di kala ini
jika engkau sedang melihatku sekarang ini
janganlah sesekali engkau bersedih kerana kesedihanku
gembiralah kakna di sana... berbahagialah kakna di sana
kerana kakna sudah terlampau banyak menderita, tersiksa semasa hayatmu
ya-Allah yang maha mendengar,. kau perkenankanlah doaku ini

Al-Fatihah~
:')

Sunday, 22 July 2012

sabar yang manis :')

*entry ni sbnrnya dh tlis ptg tdi kat word. tp x ada line nk post .heee
Assalamualaikum dan ssalam sejahtera
Alhamdulillah syukur
dah msok bulan yang sering ditunggu-tunggu umat islam
‘bulan puasa’
rasa gambira sangat dalam hati
Alhamdulillah jgak, trima ksih ya-allah
dpat jugak penuhi hasrat hati ni
berbuka sama-sama dngan kluarga pada hari pertma puasa
mmg meriah, mmg sronok
tp entah la, mungkin dah trtulis, mungkin dah tkdir
hri kedua puasa pulak, berbuka sorang2 dlam ketapi ni
klas superior malam, koc s7, tmpat 26

bnyi mcm la gmpak sgt, pdahal brbuka sorng2 ja pm
eleh, biasa la tu
hmm. Mmg biasa
tp bgi aq.. tuhan yang satu tu je tahu mcmmna prasaan aq skrg
19 thun aq hdup. Dan ni la kli pertma aq brbuka sorang2
dah tu dlam ketapi yang brgerak ni.dan sejuk. Aq x than sjuk ni
nk bt sadis lagi, mak bekalkan nsik putih dgn ikan temenung goreng. My favorite
mak ckap, nnti kta singgah kdai nasik kndar tu bli lauk yg best skit
dan mmg dah ditetapkan kot, kdai tu tutp plak
sblom ni x prnah pulak tutup kan
ya-allah, sesungguhnya sabar itu adalah manis :’)
Satu stesen ke satu stesen
sorng demi sorng jgk yg trun
destinasi aq ni kl sentral
pkul 10 mlm nnti
anggaran dkat pkul 12 jgk la bru bleh smpai hostel
insya-allah. X kan jdi apa2 pada aq nnti
currently 7.10 pm
smakin hampir wktu brbuka
dlam kpala dah trbyang wjah mak, abah, adik2, kakak dan abg
dh mcm dgar2 je suara mak ngn abah bising kat adik2 sruh tutup tv sbb nnti x dgr azan
mcm trbyang je suara abg yang ckap xmo ttup tv sbb nk tgok doremon smalam
mcm trbyang je kakak ngn adik susun pinggan, cawan, lauk, nsik dgn kueh kat ruang tamu
mcm trbyang je mcm mna adik merengek sbb azan lambat sgt
mcm trbyang je btpa sdpanya brbuka smalam
tp bla byangan tu hlang
rupa2 nya dri ada kat atas ktil dlam ketapi ni
brtman milo, nsik putih dgn ikn goreng
sorang2 !
smntara tgok prmandangan indah mtahari trbenam dgan sayu
dgn hari yang mkn gelap
jgn lah kau tmpahkan air mataku pda bulan pnuh kberkatan ini ya-allah
sesungguhnya sabar itu adalah manis :’)
*currently 12:37
dan aq dah ada atas ktil dlm blik kat hostel
alhamdulillah
nothing happened
alhamdulillah
...
:')

Wednesday, 18 July 2012

birthday!!!

assalamualaikum n selamat malam
^____________^
lbar je snyum nye ha. harusla kan birthday sndriri
semalam, 17 julai 20112
genap sdahla umur ni 19 tahun
alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk terus bernafas, terima kasih ya-Allah :')
tarima kasih kwan2. x sangka yang mula2 wish__ my dear maxis.haha
dpt hadiah pling best lak tu. panggilan percuma untuk 24 jam. heaven je rasa ><
tp klas semalam pack la pulak, so malamnye mmg rasa mcm nk kna cancer ja sbb ckp fon lama sangat
lpas sorang, sorang nak talipon
smpai tpat jam 12. bru stop.haha
dpat wishes yang sangat byak tahun ni
trima kasih sgt2
hadiah pn, yang tak sangka sangka
terharu :')
masih ada yang sayang rupanya. haha
ups.. msa kol mak semalam, smpat ckap ngn abah
abah: dah 19 rupanya, dah boleh ni nak cari
me: haha, boleh je abah. abah cari la sapa-sapa pun asalkan baik sudah, sy trima seadanya
abah: haish, tak kan kat sana x dak kot
me: ish, mana ada. abah la cari baru berkat
mak : ( tetiba interrupt) amboi, tak payah nak mengada- ngada. blaja dulu bagi habis
me: ye ye, baik mak..
haha,. spoiler je,. hurmm. tapi bila dah memikirkan umur maningkat
mula la pikir macam2. lagu tak tahu antara 2 adam ngn farah dah berlagu dalam otak~
apa- apa pun, tetap nak ikut cakap mak pastu bru abah ye
hehe.. nurul shuhada binti mat noh
awak tu dah 19 tahun tau!
bukan budak kecik lagi,. walau ramai ja yang still panggil bdak kcik ><
pandai la jaga diri la, mak ngn abah dok jauh nuunn
blaja rajin2.. jagan buat bnda yang x elok
awak tu perempuan. jadi hamba Allah yang taat perintahnye ye
insyaallah :)
jadi anak solehah yang pada mak ngn abah te
insyaallah :)
jadi pelajar yang cemerlang akedamik dan akhlaknya ye
insyaalah :)
kawan yang baik dan selalu membimbing ke arah kebaikan ye
insyaallah :)
dan guru yang x lokek dengan ilmunya ye
insyaallah :)
p/s kopi pasta wishes aina syafikah (classmate) syg aina!!
assalamualaikum  ^_^