sweety follower

Saturday 5 January 2013

JustThe Way We are_2





Adam merebahkan tubuh ke atas katil yang dibeli menggunakan gaji pertamanya 2 tahun lepas berkerja sebagai editor syarikat terunggul karangkraf, setelah hampir sebulan lebih tidur beralaskan tikar geteh dan kain pelikat. Dia tersenyum sendiri mengenangkan kadang kala terpaksa mengetuk bilik amirul pada lewat malam untuk menumpang tidur sekali di kala hujan kerana kesejukan, kerana Amirul mempunyai tilam di masa itu, hanya tilam bujang yang di beli semasa jualan penghabisan stok, tidak bagi Adam yang beriya-iya mahu membeli tilam besar yang empuk lagi selesa berserta katilnya sekali.
“ish kau ni, itu lah, kedekut sangat. Bila hujan, tilam aku yang kau kata tak best dan tak lawa ni lah jadi mangsa, tak bagi buat mogok tak mau cakap dengan aku seminggu, ish, geram betul aku lah, wei, sanalah sikit, aku ni tuan tilam la, ish, dah la tidur buas mengalahkan adik aku masa kecik, terajang melekat gak kat syiling ni lah”
 “ermm,nak tido lah, syutt”
Adam ketawa lagi dan kemudian terhenti tiba-tiba, apabila skrin otaknya mengulang tayangkan babak yang berlaku di jalan simpang 3, bersebelahan 7 eleven pada pukul 6.20 minit tadi, adam ketawa lagi mengenangkan kejadian yang pertama kali berlaku dalam sejarah hidupnya dan kemudiannya terhenti termenung sambil mengarahkan butang pouse ditekan dan mengaktifkan zoom action, dari hujung mata yang bulat tetapi kecil itu sehingga hujung bibir. Ada tahi lalat kecil di hujung bibir mungil itu sebelah kanan, Adam menyimpulkan sesuatu dan menyimpannya kemas dalam desktop skrin otaknya. 
“Ehee, cute!!”
____________________________________


Adam memperlahankan lariannya sebelum berhenti di bawah pohon entah apa namanya dan mengeluarkan sapu tangan pemberian ibu tercinta untuk mengelap peluh.
mak, yang ni comei, nanak!!”.
“emm,dah besaq pun nak kartun lagi , amik la ”.
“aha,mak mmg bezz”..
“eh,.apa nie !.”       
 Adam tersentak, ‘eh ni bukan sebahagian playback aku nie..grrr,kacau line betul.nak beremosi teringat kat mak pun tak senang’.. Adam memerhati sekeliling, mencari suara yang entah datang dari ceruk mana dengan muka tak puas hati.. tak sampai lima minit, Adam mengukir senyuman ala-ala gentlemen, matanya menangkap gambaran seorang gadis dari belakang yang gerenti cun telah diganggu oleh dua makhluk asing dari planet yang tak bernama.. ‘it’s show time…muahaha.’ Berkata dalam hati. Adam mula melangkah macho, setapak demi setapak ala-ala koboi pencen sambil mendengar perbualan si gadis malang dengan makhluk asing tersebut.
“Ala,relak la cik adik, ktaorang baik la”.
Alien berbaju hijau muntah bersuara.
 “Entah, ktaorg tak buat apa-apa pun , jom jalan-jalan jom”.
Suara elien baju kuning najis pula mula bermadah, ‘cis, bukankah sudah termaktub yang alien tak boleh bercampur-gaul dengan manusia hah. Meskipun filem Hindustan jadoo  telah melanggar hukum itu .’
 “Eii, tanak la. Lepas!! Tolong. Arrr”
huk, suara merdu kot..tapi… ‘cam familiar ja..tapi di mana ye. Jap nak pikir..arrr
“tolong !!”
 Huk lagi sekali, haiya, cis lagi sakali. ‘Ni mesti bapak elien tu yang ajar anak dia pegang tangan orang tanpa izin. Walaupun kau elien,hukumnya tetap haram tau..argh..satgi lah recall, I’m coming my love, haiyak…’
“hoit!!”
 Dengan pose sebijik macam hang tuah baik punya macho panggil hang jebat..tapi, ‘err, kejap, nih kenapa tiba-tiba ada cengkerik gelak kuat-kuat nih,  haila, diorang tak dengar la pulak, jauh sangat landing ni.ish2…jerit lagi sekali..’
 “lepaskan perempuan itu”!!
Erk, sekali ayat skema yang keluar, buwekk!!. ‘Ah. Tak pa la, diaorng dah tengok aku tu.. gulp.takut sebenarnya. Booo diri sendiri.’
 Lah,makhluk apa pulak buat kacau kat sini ni..”
Suara alien baju kuning najis. ‘Cis,aku manusia la, memang dasar elien rabun..’ Adam tiba-tiba tersentak.. si gadis yang agaknya lawa tu menarik tangannya dari pegangan elien baju hijau muntah dan terus main aci nyorok di belakangnya, ‘haila, slow motion please my dear.. laju sangat tak nampak muka la’.
Tolong saya abang”.
Suara si gadis berbisik, ‘huh..pembakar semangat ni’…Asap dah keluar daripada lubang hidung macam keretapi.ponn ponnnn!!.
“Ada hero la pulak kat sini, sory la bro. Awek tu dengan kitaorang la.”
Elien baju hijau muntah bersuara lagi, Adam angkat sebelah kening dan memaling ke belakang 30 darjah meminta kepastian dan si gadis laju menggeleng 180 darjah. ‘Cis lagi kali ke tiga, dasar elien betul’.
 Dah la, aku tanak buat kecoh, korang pi balik la eh”.
 Suara ada macam cikgu tadika suruh pelajar diorang beratur elok-elok masa beli makanan kat kantin.
 “Berani kau, woi. Kau sapa??”.
Alien hijau muntah menjerit dan mula menapak dengan bengang konon-konon nak tiru dalam video klip lagu bengang  akim. Adam pulak hanya senyum penuh makna, entah apa la dalam otak dia tu.
“aku sapa? Weih, tahukah anda apa yang korang buat kat perempuan ni adalah salah, sama seperti gangguan seksual. Telah termaktub pun hukumnya dalam buku undang-undang Negara, jilid 7. Bab 5, muka surat 179 perenggan 3 ayat 19. Tawu ?!!”
Adam mula mengarut , namun nampak jelas dua elien tu dah bertukar jadi warna kelabu asap. ‘Dasar elien tak pergi sekolah betul’.
 “hoi, kau ni polis ka hah?”.
Elien kuning najis bertanya perlahan. Adam ketawa control macho sebab ada si gadis kat belakang, kalau tak mesti dah guling-guling sambil muntah pink…
 “emm,nak tengok bukti ker hah?”
Adam tanya balik dengan suara yang control habis sebab dalam kerongkong gelak tak habis lagi. Adam menyeluk saku track shut. Ala-ala koboi tepi kuda nak keluarkan pistol air mainan adik diorang punya , tak sampai 5 saat. 2 elien tu dah lingkang pukang lari tak cukup tanah. ‘Balik planet diaorang la tu.’ Adam dah mula terbatuk.
“uhuk uhuk”.
Adam dah tak tahan…
“wahaahhhahahhhaaa”.
 Si gadis mengundur setapak,terkejut ..Adam masih ketawa tak ingat dunia.
“Mana ada polis simpan pistol dalam poket track shut, bengong punya elien .”
Adam ketawa lagi,matanya berair sakan mengalahkan orang nangis putus cinta.. “err,awak”.
“ gulp,”
Mata Adam membulat, ‘ehhhh, caner boleh lupa awek ni kat belakang lagi, awas kau elien’.
ehem-eham,ya”
Suara caver malu habis.ngeee. Perlahan Adam bangun daripada bertinggung tumbuk pokokyang  tak tahu nama apa dari tadi.
“Erm, thanks ya.”
Aduh dunia, merdunya suara.
 “uhuk-uhuk, tak ada hal pun lah, awk o …
Ayat terhenti, adam kini setentangan dengan si gadis yang turut memandangya sejak dia berpusing slow motion konon nak tunjuk macho macam dalam drama senetron Indonesia. Dua-dua jadi patung kencana dari kuripan sekejap, dah mula practice jadi orang bisu pun. Si gadis menelan air liur, kelat mengalahkan ubat. Satu saat, dua saat, tiga saat…Aangin dah  bertiup sepoi-sepoi bahasa  buat background music siap dengan burung merpati masa tu jugak la nak berterbangan cari makan. Adam mengeluh kecil melihat wajah si gadis yang macam takut, ada riak bersalah di situ, ‘eheh,perempuan hari tu, ni mesti dah mula dihimpit rasa bersalah nie,’ adam tersenyum sumbing macam kambing gurun dalam hati. Kepalanya dah siap cetak skrip palsu lagi. Bibir si gadis mula bergerak.
“Err,awk rupanya..emm, thanks ya, emm. Awak, saya… na…
 Alisa  terpana,tudung biru laut bergerak-gerak disapa angin keras tiba-tiba. Adam hanya mengangguk dan mula menapak ke belakang tanpa mendengar ayat seterusnya. Ceramah Mastura mula berlagu lagi macam tape rosak... Tapi dalam hati Adam, ‘panggil aku, panggil aku...Haa, cepat, setapak, dua tapak’... Alisa gigit bibir, takut, rasa bersalah, nervous.sambil jari asyik pusing-pusing kain tudung...’Arr, awak oi, tiga tapak dah ni’.
“Awak, tunggu!”
 Yesss,yuhuuu’. Adam berpaling perlahan macam drama sinetron  Indonesia lagi.
“Awak nak ke mana?”
 Soal alisa perlahan dengan muka bersalah. ‘Mak aih, comelnya…’
“ermm,pergi lah. Nanti awak jerit panggil orang belasah saya lagi kat sini”.
Adam control suara ala-ala sedeh, dengan muka tak boleh blah. Rugi amirul tak ikut,kalau tak sah perut dia pecah, sebab gelak kuat sangat. Alisa dah buat muka bersalah lagi, ‘sesekali bagi dia rasa..walaupun cun gila,haila..huh, adam.control!’..Alisa diam, Adam pun diam nak dengar si gadis Alisa berkata lagi, dalam otak dah berangan jadi putera raja yang dikejar sang puteri sambil nangis gila-gila , ‘ah, kanda..maafkan adinda, ya kanda.. ehem, baiklah adindaku saying’.. zapp! Lamunan terhenti, bahu Alisa terhinjut-hinjut perlahan. Adam terpana, mata gadis itu mula berkaca..dan ada air jernih yang mengalir perlahan. Alisa menyumpah dirinya, ‘kenapa ni wahai mata, sapa suruh nangis ni..haila’.
“Awak..”
Adam bersuara, mula menapak menghampiri si gadis…
“Emm, saya tahu saya yang salah, saya yang silap, maafkan saya. Please..saya dah malukan awak, saya dah tuduh awak yang bukan-bukan, saya menyesal sangat-sangat.I’m really sorry..”
Air mata dah banyak keluar.Adam mengeluh dalam hati. ‘Lah, ni yang aku paling lemah ni, air mata perempuan,  ish, stop it pleas’. Adam diam, dah tak tahu nak cakap apa, otak tiba-tiba jam, skrip yang panjang lebar tadi dah tersekat kat printer.
 “Awak…”
Panggil Alisa lagi. Seakan merayu, gulp! Air liur pun dah rasa masin semacam.Adam merenung mata bulat Alisa yang bersinar-sinar macam Barbie doll adik perempuannya.                                                             
“ermm, ya..saya maafkan awak, but.. satu syarat. Boleh ?’’
Alisa angkat kepala, emandang Adam yang tersenyum ada makna, tapi dalam otak, Adam sendiri tak pasti skrip ni plak yang keluar, ‘tadi rasanya taip benda lain nih’. Air mata Alisa terhenti sendiri tanpa arahan. ‘Haila, hensem rupanya mamat ni.tengok tu mata dia,waa.comei. Kenapa lah aku boleh marah dia yang bukan-bukan dulu.ish!’ Alisa hanya mengangguk kerana tak tahu nak cakap apa bila ditatap sebegitu rupa..kelu!
Hurmm,, firstly…Can you stop crying?? You look more beautiful if you smile, can you smile for me??”
Adam bersuara serius sambil buat mata kelip-kelip macam kucing dalam kartun sherk. Jantung alisa macam terhenti satu saat..terdiam dia seketika..mata diaorang bertemu, angin tiba-tiba jadi sejuk macam dekat UK, setelah beberapa lama entah. Alisa tersentak, kepalanya tertunduk sorok muka yang dah tukar kaler merah walaupun tak pakai blusher..adam mula garu kepala, ‘yang dia tunduk apahal, nak meraung pulak ka, haila..perempuan perempuan’.
Awak..”
Adam mencuba. Alisa mendongak, cuba lagi menatap mata ais sejuk itu. Adam tersenyum lega melihat tiada lagi air yang mengalir dari mata bulat alisa.
“Erm, so.can you”?.
Alisa terdiam seketika, dahinya berkerut
 
 dush”!!  Adam rasa macam kena hempap pokok tiba-tiba. Haila, loading la pulak. Adam ketawa kecil,
“can. You. Smile. For. Me. Please. Say . Cheese …”
 Adam sebut satu-satu, Alisa menambah kerutan di dahi, 5 saat kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa.. dalam hati, ‘haila, kenapa mamat ni comei sangat ni’. Adam pulak rasa macam kena hempap pokok kali kedua, tapi Berjaya mengelak. Adam terdiam, tak tahu nak kata apa, kelu, beku lagi. Tak pasal-pasal je tetiba lagu Bruno mars the way you are berkumandang di telinga adam.
And when you smile
the whole world stops and stare’s for awhile
cause girl you’re amazing
just the way you are
___________________________________________

“Wei, lamanya jogging. Sampai tehgah hari kot”.
Suara Amirul  dah berkumandang walaupun Adam baru setapak dalam rumah tu,dengan mulut penuh meggi.
“Meggi je?”
Soal Adam tiba-tiba, Amirul tarik sebelah kening ke atas.
“tak adalah, kau tak nampak ke ni, nasi goring ada, ayam golek, ayam goreng, . . .
 Tak sempat Amirul nak habiskan ayatnya Adam dah ketawa lalu meletakkan bungkusan plastic  merah atas meja.
“Nasi ayam kukus, rojak Makcik Seha dengan milo ais”.
Amirul dah tak tahu nak kata apa, Adam angkat kening double jerk. Dan terus melangkah ke bilik sambil bersiul, seketika dia berpaling.
“Aku dah makan tadi, kau makan la, daripada meggi yang tak berfaedah tu. Habiskan tau, penat aku beratur beli rojak tu.”
Dan terus menutup pintu bilik. Amirul masih kaku, mulutnya yang ternganga ditutup rapat. Dan menampar-nampar pipinya tiba-tiba. ‘Huh, bukan mimpi ni..apahal mamat ni ?’ berkerut dahi Amirul berfikir, namun sekali lagi bau nasi ayam kukus menghalang pemikirannya, lantas dia membuka plastic merah yang siap ada bentuk ribbon . Dengan lahapnya nasi ayam kukus disuap ke mulut tanpa mempedulikan lagi kehadiran meggi disebelah yang dalam diam berlagu nyanyian dalam sendu ditinggalkan di hujung  bucu meja pulak tu .haila nasib…
Oh her eyes, her eyes
make the stars look they’re not shining
her hair, her hair
falls perfectly without her trying
she’s so beautiful
and I tell her every day
yeah I know, I know
when I compliment her
she won’t believe me
and it’s so, it’s so
sad to think she don’t see what I see
but every time she ask me do I look okay
I say
when I see your face
there’s not a thing that I would change
cause you’re amazing
just the way you are
and when you smile
the whole world stops and stare’s for awhile
cause girl you’re amazing
just the way you are

. . .   Woi!!”
Adam terhenti sejenak berpaling  ke arah pintu yang memperlihatkan Amirul bercekak pinggang dengan dahi yang berkerut dah macam atoknya dekat kampong yang berusia 68 namun masih sihat walafiat turun ke sawah setiap pagi untuk membersihkan lalang yang memang degil. Adam berkelip mata 3 kali turut tak paham apa yang sahabatnya itu hairankan.Aamirul yang tak kata apa, pun  kelip mata 5 kali.haila, main kelip kelip mata pulak 2 sahabat sejati nie. Amirul ketawa tiba tiba, adam pulak yang macam atoknya berkerut dahi..Amirul menapak tanpa arahan, duduk sebelahnya dan tiba-tiba sebelah tangannya memegang dahi adam.
“weh, apa nie?”!
Pantas adam menepis. Amirul buat muka serius,
 “Dahi tak panas pun,hemm..kau ada kecederaan dalaman nie, ikut aku pi medical chec up jom”.
Dan kali ini dia bangun menarik tangan Adam.
“woi.apa nie?!”
Adam tagas bersuara dan menarik tangannya kembali. Amirul hanya diam masih dengan muka serius.
 “Kau pehal?”
Soal Adam dengan muka serius..marah, terkejut dan sebagainya.
 “Eh, aku pulak. Kau tu,apahal?”
Soal amirul balik,  Adam buat muka tak puas hati, ‘aku tanya dia, dia tanya aku balik.adoi’ .
“Apanya?!”
Soal Adam lagi. Amirul menarik kerusi kayu di tepi tingkap lalu duduk dihadapan Adam.
Kau la, tak pernah pernah macam nie, belanja aku makan bagai, pastu tadi aku pergi rumah Uncle Tan bayar duit rumah bulan nie, dia boleh kata “haila mirul, itu you punya kawan nama itu adam sudah bayar sama saya maa”… Apa nie wei? Selalunya kau tak macam ni, ingat bulan lepas, berdesing telinga aku kau membebel mengalahkan mak aku seminggu pasal aku tak bayar sewa bilik.ha?? dan sekarang kau. . .tersenyum memanjang macam dracula, siap menyanyi bagai. Bruno mars lagi weh, kau kan benci kat Bruno mars tu, dulu kau kata lagu dia suma jiwang la…cintan cintun la, pondan la…apa la...hah? kau dah kenapa ni. Ni bukan Mohd Adam bin Sulaiman nie, ni orang lain nie,ataupun. . .Aarrr, kau dah kena rasuk nie,woi! Kembalikan kawan aku Mohd Adam..kambalikann!!! ”

 kepala dan bahu  adam terhangguk-hangguk digoncang amirul kuat dah macam orang gila meroyan, dengan melalak tak tentu hala.

“woi, woi. Mirul,mirul,woi! Ish budak nie, dah la.pening aku woi!!”
 Jerit Adam kuat, Amirul terus berhenti.
“Ya-allah..ni aku lah.Adam, tak kena rasuk apa pun lah”..
 “Dah tu. . .”
Amirul buat muka macam nak merajuk tak dapat beli ais-krim corneto kesukaannya .Adam hanya ketawa,sungguh, memang betul pun apa yang dikatakan Amiru.ya! kali ini Adam mengaku sendiri.ya! dia telah gila. Gilakan seoarng gadis yang baru jumpa dua kali. Yang kali terakhirnya berjumpa di taman minggu lepas. Sungguh kini lagu-lagu Brumo Mars asyik selalu menginguti jejak langkahnya.

“eh, lagu Bruno mars ni,hee”.
Adam angkat sebelah kening melihat gadis dihadapannya menggerak gerakkan bibir seakan menginguti bait-bait lagu itu. ‘Talking to the moon’.
“err, awak suka lagu ni?” Dan si gadis pantas mengangguk laju macam karton.

“lagu lagu Bruno mars best la. Saya suka, semua. heee”


“Ha!. Apa? Dia tak mintak nombor talipon kau, adoyai…”
Kuat suara Mastura membebel memenuhi ruang tamu rumah itu.
“Kenapa kau tak kasi?” Soalnya lagi, Alisa hanya tersengeh mengangkat bahu.
“Adoi la korang ni…” Alisa hanya ketawa melihat sahabatnya pula yang begita beriya-iya. Alisa tersenyum, ‘hmm, macam mana nak kenal ni, nombor talipon pun tak ada, aku pun apahal tak ingat nak offer hari tu’… Alisa cuba melelapkan mata di atas katil. Lagu yang dinyanyikan Bruno Mars sayup-sayup mencucuk hatinya macam buah durian, tajam!
I know you’re somewhere out there
somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think I’m crazy
but they don’t understand
you’re all I have
you’re all I have
At night when the stars
light up my room
I sit by myself
talking to the moon, trying to get you
in hopes you’re on the other side talking to me too
Adam menghela nafas, memandang kosong hand phone nya yang melalak sakan dari tadi lagu Bruno Mars tu. “Dush!!” Memang kena, sesuai, tepar sekali dengan keadannya yang memang separuh gila tu. Adam menggigit bibir.  Aduhai la hati, kenapa macam ni, Ya-Allah, kenapa sakit sangat ni,kenapa pedih, kenapa rasa macam nak meletup ni, kenapa? Kenpa macam ni? Apa dah jadi dengan aku ni? Tak kan la’… rindukah dia? Tapi kenapa perlu rindu? Ada sayang ke? Ada cinta ke? Adam menghela nafas lagi, dan di sungguh dikala jam dinding bentuk bola sepak itu menghalakan jarum ke angka 4.55 pagi, barulah matanya boleh tertutup setelah penuh ruang memorinya dengan wajah gadis itu, dah macam iklan milo 3 in 1, milo fuze. Ke babomm!! Ada berani?
________________________________________
“Mirul..”
Amirul membuka mata dan  berpaling ke arah sahabatnya yang tersengih macam kerang busuk berdiri tepi pintu..

“Pinjam lappy jap, belaan aku tu buat hal lagi wei, memang lepas ni masuk tempat pelupusan barangan elektronik la benda alah tu.”

 Amirul hanya mendengar bebelan rakannya tanpa menyampuk, yang dia tahu, matanya sudah berat macam kena tindih bata.

“Hemm, tu amik kat atas meja tu.jangan kacau aku,ngantuk ni bahalol..” 
cis, tak guna punya kawan, bahalol dia panggil aku ea.. tak apala.. nak pinjam lappy punya pasal, lagipun dah pukul 2 kot.memang waktu tidur pon. Perlahan adam menapak lalu mengambil laptop hitam Acer milik Amirul dan mematikan suis lampu sebelum kembali ke biliknya. Butang kecil di hujung papan kekunci itu ditekan lalu keluar ke dapur mengambil keropok bika kesukaannya dan lantas digigit kerana malas nak cari gunting, adam yang melangkah sambil  bersiul terhenti kaku dihadapan mejanya. Keropok yang sepatutnya disuapkan dalam mulut telah dirasmikan dulu oleh lantai yang dah dekat sebulan lupa nk mop.. adam terpana.terkejut.
lagu grenade, Bruno mars tiba-tiba berkumandang nyaring ditelinganya. Matanya bulat macam nak keluar biji mata tatkala melihat dekstp robot petak segi jenama Acer itu,  ada gambar gambar yang bergerak sendiri buat show. Semuanya gambar Amirul bersama seorang perempuan manis memakai tudung, dan mereka sangat mesra. Menyuapkan ais-krim , sama-sama memancing, tangkap ikan besar, main siram-siram pokok bunga,basuh kereta, betulkan tudung, lap peluh, menghirup udara segar kat atas bukit, main buaian, senyum sama-sama buat peace, gembira, seronok.Namun bukan itu yang dikesahkan, yang memeranjatkan dia adalah perempuan itu.. ‘lisa. .alisa. ya-allah, kenapa. .?’

Easy come, easy go,that's just how you live
oh, take take,take it all
 
but you never give
should of known you was trouble   from the first kiss,  had the eyes wide open                                                                                       

Why were they open?
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did


Mohd adam terduduk, mengusap wajah beberapa kali sebelum lantas metutup laptop itu, pantas dia berlari laju menuju ke bilik amirul, dan tatkala tangan dah memegang tombol pintu, Adam mengundurkan kaki. 
To give me all your love is all I ever asked,
Cause what you don’t understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
____________________________________________

No comments:

Post a Comment