sweety follower

Sunday 30 September 2012

deng~amik kau!


assalamualaikum :)
saja nak share lagi 1 benda kat sini
sebelum tu, nak ucap terima kasih kepada sapa2 yang sudi baca belog nii
hehe, ada jugak rupanya yang sudi, ingat tak ada.huhuu XD
ok, sebenarnya nak tanya something~
apa benda yang paling memalukan bagi seorang perempuan?
jawapan?
mesti macam-macam kan, depends on seseorang perempuan tu
tapi bagi aku, benda yang paling memalukan setakat ni
bila ditegur mengenai aurat oleh lelaki
arghhhh!! tak dapat digambarkan tau tak perasaan tu, malunyaaaaaa
rasa tak nak jumpa lagi lelaki tu sampai bila-bila
coz that, cuba sedaya upaya untuk elakkan diri dari jumpa dia
tapi macam mana pun, mesti akan terserempak jugak
malu, ya! serius malu sangat
masuk kali ni dah 3 kali,. arrrrrrr!
tapi apa pun, sebenarnya nak ucapkan terima kasih kat dia tu
terima kasih sebab dalam banyak-banyak lelaki yang aku jumpa selama hidup ni
selain daripada abah dan abang, dialah lelaki first tegur aku pasal benda ni
dan kadang-kadang macam dah kena marah pun ada,  ok scary sebenarnya :(
why thank to you?
sebab, disebabkan teguran-teguran tu, sekarang aku dah lebih berhati-hati


aku dah cuba sedaya upanya menjaga aurat aku
perhatikan diri banyak kali sebelum keluar pergi mana-mana
dan terasa berat sangat dosa kalau dedahkan aurat
dah tu bagi orang lelaki tengok, buat diorang dah berdosa, zina mata tuu,kan?
'yela tu, banyakla terlupa. aku ni yang tertengok, apa-apa pun, aku dapat dosa jugak tau, ye kat sini boleh la cakap macam tu, nanti kat sana. ha, nak jawap apa, nak bagi alasan apa?'
ok, aku memang tak boleh lupa ayat tu sampai bila-bila. seriously takut, terdiam tanpa kata bila kena marah macam tu,. whuuu
sebenarnya nak cakap kat kau... terima kasih.terima kasih banyak-banyak
tapi tak terluah kat depan, sebab maluuu.uhuu


ok done, hehe..
so kepada sahabat-sahabat yang membaca kisah ni
jangan sesekali dedahkan aurat korang kat kaum adam tau


ye. kadang-kadang tu kita tak sedar kan
tapi itu lah, kalu dah kena tegur macam niii
berhati-hatilah, ye. walau pun setakat tak pakai sarung kaki, aurat tuu
walaupun terselak lengan baju sikit je nampak atas pergelangan tangan, aurat tuu
walaupun nampak anak rambut sikit, aurat tuu

ye para sahabat
assalamualaikum :))

Saturday 29 September 2012

hari istimewa :')

Assalamualaikum :)
trasa lama x isi ruang bisu ni, so terasa nak share something yg istimewa
hari usrah yg indah
bila assignment byk yg dh antar, nafas pn dah bleh dtarik lega
trsenyum je bila smpai kt cyberjaya lake view tu
satu prasaan yg jarangya nk rasa, 'tenang'
setenang air tasik tu yg beralun
nmpak x ketenangan yg trpncar disitu, dan jgk
for the first time, gmbar ni tnpa apa2 bdak, wahaha
klo zoom muka sgt truk, mulut pucat sbb x pkai lip ice x_x
nk djadikan crita, kak usrah tu suruh ktorng bt 1 sajak smbil mnghirup udra sgar tnpa asap2 kt luar
maka trhasillah dari kami MARIAM (shue, insyirah, aira)

derapan langkahan kaki yang mengatur langkah
membelah sunyi kekabus pagi
termenung sejenak
seisi alam, ku rakam dengan kerdipan mata
ruangan angkasa yang indah bercahaya
tenangnya alunan air itu
dedaun hijau yang tersenyum melambai
deruan siulan angin yang menyapa
tersentak aku terdiam
terhapus khayalan
memori yang berceramuk semalam kembali ku kutip
perlahan berputar kembali
selama putaran waktu berdetik
aku berlari, cuba menggapai mimpi itu
yang ku sangkakan akan menjadi nyata
tak ku peduli walau cahanya samar
tak ku peduli walau onak yang terpaksa ku pijak
mimpi itu, yang belum pasti
namun, entah kenapa mata ini seakan buta
obsesi mengejar mimpi yang tidak akan nyata
sendirian lagi aku disini
terkapai-kapai lagi aku dilaut itu
masih mencari satu kepastian
dan, tatkala terasa diri ini hampir temggelam
senyuman itu datang
dan ku sambut tangan-tangan itu yang terpancar keikhlasan
sungguh
andai kebahagian itu dapat ku tahan
ingin sekali ku pohon lanjutan
alagkah indahnya nikmatmu tuhan
pada diri ini yang sentiasa kealpaan mencari manisnya iman
:)

alhamdulillah, dapat peluang yang xkan datang 2 kali mcam ni
bru jejak kaki msok hostel
dh rindu sgt2 tempat ni
selamat malam
assalamualaikum :)

Tuesday 11 September 2012

procrastination bla bla bla

Assalamualaikum dan selamat pagi
procrastination?
mengikut sumber kamus bebas, procrastination mean "menunda atau melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan ataupun aktiviti disebabkan kecuaian dan kemalasan"
ops, bukan kemalasan okey, tetapi kesibukan yang teramat ^^,
anda pernah melakukannya?
tidak pernah?
booooo, sia sia je jadi muda remaja.lalala~
melambat-lambatkan kerja memang tak patot, tapi kenapa kenapa kenapa
procrastination can be most "student's best friend"
ok, siapa yang belum tahu bagaimanakah caranya, here some tips for you >_<
  • catata semua nota yang diperlukan untuk assignemnt.
  • jangan lupa buat sticky note due date untuk tak lupa, lekat di tempat yang sering dilihat.
  • buat kerja lain dulu yang langsung tak ada kaitan dengan assignemnt.
  • habiskan tengok Favorited movie, menyanyi, menari, berjoging.
  • tidur secukupnya, lebih2 pun tak pe.
  • makan dan bersembang juga bergosip dengan suka ria.
  •  
  • ok, due date dah dekat, gelabah sikit.
  • relax balik, movie banyak lagi nak layan.
  • due date bsok pagi.jeng jeng jeng.
  • start cari bahan.
  • jangan makan, nanti tak sempat.
  • jangan tido, nanti tak sempat.
  • jangan rehat, nanti tak sempat.
  • cuba siapkan dengan bersusah payah.
  • pastikan otak rasa sangat serabut, mata lebam sebab tak tido.
  • sakit/pening kepala sebab over doss nescafe.
  • rasa nak muntah ink.
  • tegok video lelaki yang comel dan cool ni dengan rasa senang hati.
 
best kan procrastination ^_^
selamat mencuba >_<