sweety follower

Wednesday 3 April 2013

bahagian 3



~assalamualaikum~
Hari ke-3 ber SBE
cantik-santik sikit pasal hari ni kena masok kelas
perasaan sangat berbunga-bunga

7.40-8.40 kena gantikan cikgu BI kat kelas 2 J
sebab tak tahu nak buat apa, masuk bilik seni amik kertas lukisan
bagi sorang satu suruh lukis, bertajuk… “karton kegemaran” haha
apa la cikgu ha ajar lukis karton pulak dah XD
dah tuuuu, kami tak dibenarkan mengajar lagi ha
tak ada permit O_o
diorang blur sekejap, so bagi la contoh…lukis spongebob keee (sebab tu kartoon favourite.heee)
haha, lepas tu semua nak lukis spongebob
comel-comel tau, aku pon tunjuk la ha kat whiteboard caner nak lukis spongebob, Patrick, encik crab, plankton. . . dan sebagainya XD
dah siap antar, perasaan tuuuu… taleh describe tau =)
nak abih masa, g bergambar ngan diaorang
berebut nak bergambo sekali ngn cikgu baru ni.seronoknyaaaa :D

Habis tu g lepak kat library kejap
baru nak bukak buku
“eh, tu ticee tadi kan…
“ticee…
“cikguu…
haha, abih tunggang terbalik kerusi kena tending, pasal berebut nak duduk dekat ha
budak-budak ni ha,… comel betul >_<

10.30-11.10 kena g kelas 1U, ganti cikgu BI jugak ha
sebab setengah jam ja ha, suruh diaorang nyanyi je lah.
haha, lagi cooomeelll XD
suruh diaorang nyanyi kat depan
wah wahh, ramai rupanya yang nak
dah mula tak sedap hati
macam2 lagu dah dengar
cinta muka buku, bayu cinta luna, nasyid, apa tah lagi yang jiwang-jiwang tuh.haha…budak-budak niii, sah pengaruh media massa
paling tak tahan, yang buat ‘oppa gangnam style’ kat depan
dengan shuffle… he.he.he
nak buat apa ni, marah pon dah tak lut dah
mana next cikgu niii, cepat la masuk,. Dah tak sedap hati
dah ok pon sikit lepas tuh
lepas tu datang la cikgu lepas tu ha… lega nya dahhh

11.30 kena ikut cikgu Syuid masuk kelas untuk observe cara mengajar
penatnyaa rasa, tak nak masuk tapi terpaksa
sejam dalam tu, ok la…pandai cikgu ni control kelas
speaking lagi ha, tapi slow-slow la
catit-catit note
owhh, macam ni ha nak mengajar BI
ehem2, cikgu syuib ni, seriously handsome .haha .ups!
tinggi, kemas, discipline, and yang paling best suka budak-budak dan budak-budak pon suka dia.hee, comel sangat ha XD
oh my, sebab dia handsome, so aku pon jadi segan gila
ehee >_< sebab dia sangat ramah
so, jadi sangat segan dah bercakap apabila disoal sahaja.haha
Abih kelas dah 12.50, fuhh, memang straight je la aq masuk kelas hari ni ha, dalam hati tu dah rasa yang macam taknak masok kelas mana-mana dah lepas ni, tolong laaa
tapi sebenarnya taleh rasa macam tu ha
jadi cikgu ni…kena la macam cikgu. Kan ^_^

Masa tanda attendance balik, terserempak ngn pk hem
dia cakap pukul 2 nanti ada koko, persatuan
boleh la kalau nk observe kea pa cara pengendalian
ehhh, hurrr. Perut dah buat lagu heavy mental ni
air dah habis, kepala berat dan pusing-pusing sikit
batuk dok terbahak-bahak lagi
so, kaki ni melangkah balik rumah je lah ha
sambung besok ye :D

~assalamualaikum~

No comments:

Post a Comment