sweety follower

Sunday 29 July 2012

5 second :')

assalamualaikum and salam sejahtera
juga salam ramadhan yang ke-10. alhamdulillah :)
ada benda yang tetiba jari ni tergedik-gedik nak share kat laman bisu ni
mulakan ea? hehe.. bismillahhirrahmani rahim...
al-kisahnya disebabkan sifat malas yang sering menguasai minda dan jiwa. maka assignment yang sepatutnya dihantar sebelum 12 malam ni baru dibuat malam tadi.. huuu. *dilarang mengikut sikap ini ya
maka berjagalah diri ini sepanjag malam menyiapkan tugasan tersebut yang susah lagi payah
ditemani oleh bacaan surah Al-Baqarah oleh Abdul Rahman Al Sudais yang mendayu-dayu berlagu ditelinga yang baru ja di download. heee.. kasi semangat sikit kan buat assignment. fokus2!!
mata yang segar bugar sebab minum nescafe bulat je tgok skrin dengan jari yang menari-nari atas keypad entah taip apa. masa yang berlalu memang tak sedar langsung sampai la tengok jam bawah dekstop ni. dah semakin hampir ke waktu sahur.. dalam pkul 4 rasanya pagi tadi
memang tak tdur la nampaknya ni, part time jadi zombie lagi la malam ni
sedang mata fokus ke skrin laptop, jari asyik menaip entah apa, telinga berlagu Al Baqarah yang merdu lagi mengasyikkan, hidung pulak terbau sesuatu. wangi !! okey fine
mata dah tak fokus kat skrin, jari dah berhenti menari tetiba. telinga je masih sayu-sayu mendengar bacaan merdu itu. jantung dah mula berdegup 2 kali lebih laju daripada biasa, tubuh rasa panas sekejap tiba-tiba. . 1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 5 saat.. hilang...huh! Allah yang maha besar
bau tu . . . wangian tu . . . wangi . . . dan sesunggunya aku kenal akannya.
mana mungkin dilupakan, bau wangian yang amat arwah kakna suka! sangat-sangat!!!
sesungguhnya Allah maha besar, Dia yang maha mengetahui, lagi maha bijaksana

seakan melintas secepat kilat dari arah belakang.
head fon dilonggarkan, kepala dipaling kiri, kanan, belakang. kosong! hanya kain langsir yang bergerak-gerak ditiup angin daripada kipas dinding. roomate yang lena tidur dengan comel memeluk bantal kesayangan, tingkap yang terkunci rapat, pintu yang dah terkunci. kosong . . .
otak dah start buat playback,. wajah itu, tubuh itu, kerinduan tiba-tiba menusuk kalbu ini
seram!! takut!! agakla,. namun, kata-kata abah masa kecik-kecik dulu rasa macam kaset yang ditekan play banyak kali "roh-roh orang mati akan bangun daripada kubur dan melawat rumah-rumah mereka, keluarga mereka" sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segalanya yang berlaku
nafas panjang di tarik lama dan dilepas perlahan. otak cuba dikosongkan. head fon dipakai balik, dan assignment diteruskan, Surah Al Baqarah yang di pause di tekan play balik . . .
jika benar itu arwah kakna.. mungkin sekadar hendak melawat adiknya. kan?
jika kakna dapat mendengar sekarang...
kakcik sangat rindukan kakna. sangat2
tak dapat bayangkan macam mana raya tahun ni
raya ke dua tanpa mendengar suara kakna
tanpa melihat kakna..
ya-allah, kau tempatkan lah kakna ke dalam golongan-golongan hambamu yang beriman~
sesungguhnya aku amat sayangkannya dan merinduinya di kala ini
jika engkau sedang melihatku sekarang ini
janganlah sesekali engkau bersedih kerana kesedihanku
gembiralah kakna di sana... berbahagialah kakna di sana
kerana kakna sudah terlampau banyak menderita, tersiksa semasa hayatmu
ya-Allah yang maha mendengar,. kau perkenankanlah doaku ini

Al-Fatihah~
:')

No comments:

Post a Comment